ARKIB

KATEGORI

Buletin

Populasi kenderaan ‘lebih ramai’ berbanding jumlah penduduk Malaysia, punca trafik sesak – Pakar

Berita Tempatan

Views

Jumlah kenderaan di negara dilaporkan melebihi bilangan penduduk, iaitu peningkatan sekurang-kurangnya sejuta kenderaan setahun sejak 2019.

Menurut portal Selangorkini, pakar keselamatan jalan raya Universiti Putra Malaysia, Professor Dr Kulanthayan K.C. Mani sebanyak 33.3 juta kenderaan berdaftar di seluruh negara tahun lalu berbanding jumlah penduduk seramai 32.6 juta.

Daripada jumlah itu, 47.3 peratus adalah kereta, motosikal (46.6 peratus), kenderaan perdagangan (4.7 peratus)dan baki adalah bas, teksi, kereta sewa pandu sendiri dan lain-lain jenis kenderaan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Jelasnya, berikutan peningkatan jumlah kenderaan melebihi populasi penduduk, maka tidak hairanlah kesesakan trafik semakin teruk di seluruh negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Tambah beliau, jika aliran ini berterusan iaitu meningkat sejuta setiap tahun, kita bakal berdepan kesesakan trafik yang lebih dahsyat. Beliau berkata demikian kepada New Straits Times.

Pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan itu berkata, pengenalan pengecualian cukai perkhidmatan dan jualan kenderaan pada Jun 2020 mendorong orang ramai membeli kenderaan persendirian.

Jangkitan Covid-19 menyebabkan ibu bapa menghantar sendiri anak ke sekolah berbanding memilih bas sekolah yang boleh memuatkan 30 pelajar kerana bimbang dijangkiti.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Selain itu, perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), komuter dan pengangkutan awam lain yang sering tergendala sejak kebelakangan ini mengakibatkan orang ramai enggan menggunakan pengangkutan awam.

Justeru beliau berkata, orang ramai tidak mempunyai pilihan selain menggunakan kenderaan sendiri sama ada untuk berulang-alik ke tempat kerja atau urusan lain.

Dr Kulanthayan berkata cadangan untuk membina lebuh raya dan melebarkan jalan juga tidak mampu menangani masalah kesesakan, sebaliknya kerajaan diminta menambah baik pengangkutan awam sedia ada.

Ujar beliau lagi, mutu perkhidmatan pengangkutan awam perlu dipertingkat bagi memberi keyakinan kepada orang ramai untuk memilihnya berbanding memandu kenderaan sendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Selangorkini

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply