ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pendakwa raya gagal buktikan peluru berpandu BUK musnahkan MH17 – Peguam bela

Berita Global

Views

Pasukan peguam Belanda mewakili suspek yang dituduh menembak jatuh penerbangan Malaysia Airlines MH17 menyatakan bahawa pendakwa raya gagal membuktikan sebuah peluru berpandu buatan Russia memusnahkan pesawat itu ketika menyampaikan hujah penutup kelmarin.

KOSMO! ONLINE melaporkan, pesawat penumpang itu ditembak jatuh semasa terbang dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014, menyebabkan semua 298 penum­pang dan krunya terbunuh. Tragedi itu berlaku ketika tentera Kiev memerangi kumpulan pemisah pro-Russia di timur Ukraine.

Perbicaraan empat lelaki itu yang bermula pada Mac 2020, menjadi lebih signifikan selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine akhir Februari lalu yang menyaksikan sebilangan dakwaan jenayah perang muncul.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

“Kesimpulannya, pihak pendakwa raya gagal membuktikan berdasarkan perbualan telefon, imej dan kenyataan saksi, bahawa peluru berpandu (BUK) yang menembak jatuh MH-17.

“Walaupun ada peluru berpandu dilancarkan ketika itu, tidak dapat dibuktikan secara konklusif bahawa inilah misil yang mengenai MH-17,” kata Sabine ten Doesschate ketika mewakili suspek, Oleg Pulatov.

Pasukan pendakwa raya me­minta keempat-empat lelaki itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Disember tahun lalu kerana penglibatan mereka dalam tragedi itu.

Mereka terdiri daripada tiga warganegara Russia iaitu Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky di samping rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko. Hanya Pulatov diwakili peguam, manakala tiada seorang pun tertuduh hadir di mahkamah.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Pasukan peguam Pulatov memberitahu panel hakim bahawa terdapat ‘lubang’ dalam kes pendakwa raya kerana mereka terlalu memberi tumpuan untuk membuktikan kumpulan pemisah pro-Moscow menggunakan peluru berpandu BUK yang dibekalkan Russia.

“Penceritaan adalah lebih penting kepada pendakwa raya berbanding mengemukakan bukti konklusif,” kata Ten Doesschate pada perbicaraan tersebut yang diadakan di sebuah mahkamah dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di mana MH17 berlepas.

Menurutnya, panel hakim tidak mempunyai pilihan selain lain membebaskan anak guam mereka. Mahkamah berkenaan menyatakan, keputusan kes tersebut paling awal hanya akan diketahui pada November ini. Keempat-empat lelaki itu menafikan sebarang penglibatan dalam perbuatan menembak jatuh MH17.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply