ARKIB

KATEGORI

Buletin

Porsche dan Recaro jual kerusi ‘gaming’ edisi terhad – Harga RM10,794, ada 911 unit sahaja!

Berita Global

Views

Porsche dan Recaro sekali lagi ‘bergabung tenaga’ dan kali ini mereka menghasilkan kerusi ‘gaming‘ edisi terhad yang digembar-gemburkan sebagai “membawa 100 peratus semangat perlumbaan, meskipun berada di luar litar”.

Kerusi ‘gaming‘ Porsche x Recaro ini telah dilancarkan semasa perlumbaan maya 24-jam Le Mans. Model Porsche 911 GT3 R, yang menjadi inspirasi rekaan kerusi tersebut turut dipertontonkan buat kali pertama sebagai sebahagian daripada siri perlumbaan maya tersebut.

Kerusi tersebut dihiasi dengan kombinasi warna merah, putih dan hitam yang menjadi identiti pasukan Porsche eSports. Ia adalah merupakan versi terhad Recaro Exo Platinum.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Penyandar kepalanya mempunyai laluan tali pinggang keledar dan dihiasi dengan lencana Porsche di hadapan dan logo Recaro di belakang selain tempat meletak tangan 5D dengan sokongan aluminium dan pelbagai pelarasan.

Tapaknya pula diperbuat daripada aloi aluminium ringan. Ciri-ciri lain termasuk kebolehlarasan tanpa langkah, yang membolehkan pelarasan ketinggian tempat duduk pada bila-bila masa.

Kastor tempat duduk diperkuatkan dengan tetulang kopolimer dan direka untuk semua tingkat. Kapasiti muatan maksimum ialah 150 kilogram.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Reka bentuknya diilhamkan oleh kerusi sukan permotoran dan menurut Porsche, ia direka untuk jarak jauh dan banyak pusingan maya, di samping pada masa yang sama menawarkan keselesaan dan kesihatan belakang.

Kerusi ‘gaming‘ Porsche x Recaro ini dijual pada harga $2,499 (RM10,794) . Kerusi edisi terhad ini dihasilkan di Jerman dan terhad kepada 911 unit di seluruh dunia.

Ia kini boleh didapati menerusi outlet Porsche Design, pengedar Porsche yang sah, dan melalui kedai dalam talian Porsche.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply