ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak MAN dengan enjin Euro V kini jadi pilihan syarikat pengangkutan

Berita Tempatan

Views

Selepas setahun diperkenalkan di Malaysia, kini lebih banyak syarikat pengangkutan memilih Trak MAN Generasi Baharu dengan enjin Euro V standard sebagai trak pilihan mereka.

Bulan lalu, sebanyak 41 unit telah diserahkan kepada FGV Transport Services Sdn Bhd. MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini telah menerima empat pelanggan kali pertama di majlis penyerahan terbaru di Pelabuhan Klang.

Berikut adalah senarai pelanggan kali pertama dan unit yang ditempah:

  • Artha Logistics Sdn Bhd – Dua unit varian 6×2
  • Transprompt Cargo Logistics Sdn Bhd – Dua unit varian 6×2
  • Mawar Movers Sdn Bhd – Satu unit 4×2 dan satu unit 6×2
  • Vertex Mission Sdn Bhd – Dua unit 4×2 dan tiga unit 6×2

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Selain itu, Timur Permai Haulage Sdn Bhd pula telah menyempurnakan penerimaan unit kedua MAN TGS baharu.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas keputusan bijak mereka dalam mengembangkan kumpulan kenderaan mereka dengan Trak MAN.

Katanya, MAN menjadi pengeluar trak pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai standard di seluruh portfolio produknya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Pihaknya gembira melihat semakin banyak syarikat pengangkutan di Malaysia memainkan peranan mereka dalam mengurangkan jejak karbon kumpulan kenderaan masing-masing.

O’Brooks menambah bahawa MAN Malaysia telah bersedia untuk memenuhi permintaan kumpulan pelanggan yang semakin meningkat di negara ini.

Selepas hampir tiga dekad di Rawang, syarikat telah memindahkan ibu pejabatnya ke kemudahan bersepadu yang akan menempatkan keseluruhan operasi syarikat, termasuk pemasangan kenderaan di bawah satu bumbung, di Shah Alam.

Pengarah Urusan Vertex Mission Soo Chee Yeong berkata, pendekatan inovatif MAN Malaysia termasuk mengatur pandu uji dan lawatan ke ibu pejabat dan kilang pemasangannya adalah penting dalam meyakinkan syarikatnya untuk melabur dalam Trak MAN buat kali pertama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply