ARKIB

KATEGORI

Buletin

OMV duti eksais kekal, harga kereta CKD tak naik mendadak sehingga 2025

Berita Tempatan

Views

Harga kereta dijangka tidak mengalami kenaikan mendadak selepas kerajaan bersetuju mengekalkan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) sehingga 2025.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata keputusan kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MoF) meredakan kebimbangan industri dengan sebarang kenaikan mendadak harga kereta akan memberi kesan kepada pertumbuhan pasaran.

Katanya, pada Disember lalu, MAA menerima surat kelulusan daripada MoF berhubungan cadangan mengekalkan OMV yang turut memiliki kaitan kenaikan mendadak harga kereta jika struktur baharu dilaksanakan tahun ini.

Namun, OMV duti eksais bukan satu-satunya komponen yang mendorong kenaikan harga kereta, cuma jika struktur baharu dilaksanakan harga akan melonjak mendadak.

OMV adalah nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dipasang dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Aisyah menjelaskan, MAA akan mengemukakan cadangan penangguhan sekali lagi tahun depan dengan mengharapkan kerajaan mengekalkan OMV duti eksais.

Julai lalu, MAA mendedahkan harga kereta CKD termasuk jenama nasional berpotensi meningkat lapan hingga 20 peratus sekiranya pengiraan OMV duti eksais baharu dikuatkuasakan tahun ini.

Justeru, MAA mengemukakan cadangan kepada MoF untuk menilai semula struktur baharu yang dilihat akan membebankan pengguna dan menjejaskan daya saing pasaran automotif tempatan.

Perkiraan baharu duti eksais Malaysia disediakan oleh MoF semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan diwartakan pada 31 Disember 2019.

Struktur pengiraan baharu yang akan dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu ditangguhkan pada 2020 sehingga penghujung tahun lalu.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Mengenai kenderaan elektrik (EV), Aishah berkata potensi kenderaan moden itu dijangka melonjak bermula tahun ini berikutan langkah agresif beberapa pengeluar memperkenalkan model baharu, selain kemasukan beberapa jenama luar negara ke pasaran tempatan.

Katanya, EV mencatatkan jualan 2,631 unit tahun lalu, melonjak ketara berbanding hanya 274 unit yang didaftarkan pada 2021 disokong langkah pengenalan insentif duti import dan eksais ditawarkan kerajaan.

MAA berharapkan kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk melanjutkan insentif pengecualian ini sehingga 2030 berbanding setakat Disember 2024.

Ujarnya, pengecualian tidak boleh diumumkan tahun ke tahun kerana ia mempengaruhi keyakinan pengeluar untuk terus melabur di Malaysia.

Tambah beliau lagi, pengumuman sebegini tidak bagus untuk industri kerana setiap pelaburan memerlukan komitmen jangka panjang. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply