ARKIB

KATEGORI

Buletin

Porsche nak buat kereta terbang premium?

Berita Global

Views

Sekarang ni semakin berlumba-lumba pula pengeluar nak keluarkan kereta terbang kan? Porsche juga bakal ‘tumpang sekaki’ dan mereka telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Boeing. Kerjasama itu menumpukan kepada “kenderaan mobiliti udara bandar peribadi premium” dan kedua-dua syarikat akan meneroka potensi pasaran dan mengkaji kes penggunaan yang mungkin.

Mereka juga sedang membangunkan kenderaan berlepas dan mendarat menegak elektrik yang sedang ditaksir sebagai konsep pada ketika ini. Porsche akan memainkan peranan penting dalam pembangunan model kerana  Porsche Engineering Services GmbH dan Studio F.A. Porsche akan turut terlibat selain jurutera dari Boeing.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden dan Pengurus Besar Boeing NeXt Steve Nordlund berkata, kerjasama ini dibina dari usaha mereka untuk membangunkan ekosistem mobiliti yang selamat dan cekap, serta menyediakan peluang untuk membangunkan kenderaan mobiliti udara premium di bandar raya dengan pengeluar automotif terkemuka.

Tambah beliau, Porsche dan Boeing akan bersama-sama membawa kejituan kejuruteraan , gaya dan inovasi untuk mempercepatkan pergerakan udara di bandar raya seluruh dunia. Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Porsche Detlev von Platen berkata, mereka “ingin meningkatkan skopnya sebagai pengeluar kereta sport dengan menjadi jenama terkemuka untuk mobiliti premium”. Katanya lagi, dalam jangka panjang ia memberi gambaran bahawa Porsche sedang bergerak ke arah “dimensi ketiga perjalanan.”

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Menurut kajian dari Porsche Consulting, pasaran mobiliti udara bandar akan meningkat dengan ketara selepas tahun 2025. Kajian itu juga mendapati bahawa penyelesaian mobiliti udara bandar akan “membawa penumpang dengan lebih cepat dan cekap berbanding pengangkutan konvensional semasa dengan kos yang lebih rendah dan dengan fleksibiliti yang lebih besar”.

Secara tidak langsung, ia mungkin menjadi pasaran besar untuk kereta terbang Porsche pada masa depan. Walaupun kerjasama ini masih dalam peringkat awal, kedua-dua syarikat telah mengeluarkan beberapa gambaran awal rekaan pesawat bersayap pendek dengan muncung yang besar. Model ini juga mempunyai fiuslaj yang anggun dengan tingkap seakan pesawat dan rekaan belakang yang mempunyai corong ekzos seperti kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply