ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRIHATIN : Kerajaan bagi bantuan one-off RM500 untuk bantu pemandu e-hailing

Berita Tempatan

Views

Menerusi Pengumuman Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan kepada pemandu e-hailing sepenuh masa yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Bagi meringankan beban mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Selain itu, Kerajaan akan menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.

Ia akan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan kadar faedah 2 peratus sahaja tanpa cagaran. Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi. Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply