ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prasarana mohon maaf dan derma motosikal baharu kepada penghantar makanan GrabFood yang kemalangan dalam video tular

Berita Tempatan

Views

Rapid KL menerusi satu kenyataan media di laman Facebook rasminya memaklumkan, pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ingin memohon maaf kepada penghantar makanan GrabFood yang mengalami kemalangan dengan sebuah bas Go KL dan berhasrat untuk menderma sebuah motosikal baharu bagi membantu mangsa tersebut.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Selain itu, Prasarana turut meminta penunggang tersebut untuk tampil ke hadapan dan menghubungi Ketua Unit Komunikasi Rapid Bus, Encik Hazimin Sulaiman melalui Whatsapp di talian 016-6760297. Kejadian kemalangan tersebut berjaya dirakam oleh dashcam sebuah kenderaan pada 24 Mac, kira-kira 2 petang di persimpangan Jalan Raja Chulan telah tular di laman sosial.

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

Menurut kenyataan berkenaan, Kapten Bas Go KL tersebut telah dikenalpasti dan tindakan telah diambil ke atasnya sementara menanti keputusan siasatan pihak polis. Kenyataan itu turut menjelaskan, semua Kapten Bas yang berkhidmat untuk Rapid Bus telah melalui program latihan yang komprehensif dan menjalani program latihan semula bagi memastikan mereka memberikan tahap perkhidmatan yang baik dan selamat serta mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

Tambah kenyataan tersebut, pihak Prasarana akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan. Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur pada 25 Mac 2020.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply