ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek kereta nasional baharu ‘bukan sekadar membina kereta’ – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Berita Tempatan

Views

Malaysiakini melaporkan, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional baharu bukan untuk membina kereta semata-mata tetapi sebagai pemangkin kepada perkembangan usahawan, perniagaan dan industri.

Tambah beliau, ia juga secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutama dalam bidang kejuruteraan. Projek ini bukan sekadar untuk membina sebuah kereta tetapi mengambil kesempatan daripada bakat dan sumber yang ada, bagi mewujudkan pemangkin kepada pembangunan ekosistem di mana usahawan, perniagaan dan industri dapat berkembang.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Kecemerlangan dalam sektor automotif akan menjadi batu loncatan kepada sektor pembuatan dan kejuruteraan peringkat tinggi, seperti industri aeroangkasa yang pada masa ini menjana pendapatan kepada negara lebih RM14 bilion dan mewujudkan 24,500 pekerja mahir pada 2018.

Beliau berkata demikian dalam jawapan parlimen kepada senator Chai Kim Sem yang bertanya sama ada geran peruntukan RM20 juta untuk projek itu sebenarnya untuk membantu syarikat berkaitan kerajaan seperti Sil Terra Malaysia Sdn Bhd yang mengalami kerugian RM7.3 bilion pada 2011.

Berhubung dengan perkara itu, Tun Dr. Mahathir berkata projek kereta nasional baharu akan “dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta”. Kesediaan pihak swasta seperti Sil Terra Malaysia untuk menawarkan kepakarannya dalam projek kereta nasional baharu amatlah dialu-alukan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Sil Terra merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd yang mampu menghasilkan komponen kereta kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam pembuatan cip semikonduktor dalam pelbagai industri selama lebih dua dekad.

Tambah beliau lagi, Sil Terra telah mencatatkan pendapatan tahunan purata sebanyak RM600 juta dan untung RM60 juta bagi tiga tahun berturut-turut. Pada Januari lalu, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof memberi jaminan tidak akan ada bail out menggunakan dana awam pada masa akan datang terhadap projek kereta nasional ketiga.

Mahathir telah mencadangkan kereta nasional baharu bagi menggantikan Proton pada Jun 2018. Pada masa itu, beliau menganggap Proton bukan lagi kereta nasional memandangkan hampir separuh pegangannya telah dijual kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group pada 2017.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply