ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga Kelantan paling ramai sewa helikopter balik kampung

Berita Tempatan

Views

Fuh! Ini bukan biasa-biasa! Tak main dah ikut jalan darat, naik helikopter terus balik kampung Raya nanti. Menurut Sinar Harian, lebih 20 buah helikopter disediakan bagi perkhidmatan, ‘Balik Raya Elak Jem’ di musim perayaan Aidilfitri ini.

Pemilik syarikat pengurusan, Hazmi Dimasyq Group, Hazmi Hanipa berkata buat julung kalinya perkhidmatan seumpama ini diperkenalkan oleh syarikat tersebut. Katanya, sejak tiga tahun lalu, syarikatnya hanya menyediakan perkhidmatan helikopter dan jet peribadi yang kebiasaannya menjadi pilihan ahli perniagaan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Walaupun ia pertama kali diperkenalkan, setakat ini mereka telah menerima 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Penerbangan pertama akan bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.

Untuk musim Raya, mereka menyediakan lebih 20 buah helikopter berbanding enam buah sahaja pada hari biasa melibatkan. Menurut anak kelahiran Kampung Renok Baru, Gua Musang ini, dia tidak menyangka perkhidmatan ini mendapat permintaan tinggi terutamanya di kalangan ahli perniagaan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Untuk Kelantan sahaja, mereka ada empat penerbangan setakat ini. Syarikat tersebut menyediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang. Bagi penerbangan enam penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

Tambah Hazmi, jika melihat kepada permintaan, mereka akan meneruskan perkhidmatan ini untuk musim-musim perayaan seterusnya. Kaya betul mereka ni kan?

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply