ARKIB

KATEGORI

Buletin

VCPM buka tempahan Volkswagen Golf R buatan Pekan – Anggaran harga RM330k – RM350k

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mempertontonkan Golf R pemasangan tempatan (CKD) dari Pekan, yang ditawarkan pada harga anggaran bermula RM330,000 hingga RM350,000.

Apa yang menarik, Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang memasang model ini selain Jerman. Golf R didatangkan bersama “R Performance Package” sebagai standard.

Ia merangkumi ekzos titanium Akrapovič, mod “Drift” dan “Special“, spoiler belakang baharu serta rim aloi Estoril bersaiz 19-inci.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ekzos yang direka oleh pengeluar ekzos terkemuka Akrapovič kini tujuh kilogram lebih ringan, manakala mod “Drift” dan “Special” yang boleh diakses menggunakan butang “R” pada sterengnya.

Ciri-ciri tambahan baharu yang lain ialah Heads-Up Display (HUD) yang dipancarkan ke cermin utama, pengecasan telefon pintar nirwayar dan bantuan suluhan lampu tinggi automatik.

Golf R dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang mampu menjana 320PS dan 400Nm daya kilas. Penukaran gearnya pula sangat pantas dengan kehadiran transmisi 7-kelajuan DSG.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Aspek keseimbangan dan cengkaman pula dikekalkan oleh sistem pacuan semua roda 4MOTION bersama ciri pemvektoran prestasi daya kilas. Pecutan dari 0 hingga 100km/j hanya mengambil masa 4.8 saat.

Dari segi keselamatan, Golf R didatangkan dengan teknologi IQ.DRIVE yang merangkumi Bantuan Kembara dengan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Sisi, Bantuan Hadapan, Bantuan Lorong dan Bantuan Kecemasan.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev, pihaknya yakin bahawa Golf R pemasangan tempatan yang ditambahbaik akan mengujakan peminatnya di Malaysia.

Golf R baharu didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Lapiz Blue, Deep Black dan Pure White. Tempahan kini boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen seluruh negara. Ia bakal dilancarkan pada suku keempat (Q4) tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply