ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proses vaksinasi kakitangan Proton bermula

Berita Tempatan

Views

Proton memulakan proses vaksinasi bagi semua kakitangan hari ini. Pekerja yang bertempat di Tanjung Malim dan Shah Alam, yang belum lagi divaksinasi akan mendapat temu janji melalui applikasi MySejahtera, .

Program ini akan berlangsung selama beberapa hari bagi memastikan kesemua yang mendaftar untuk memperoleh vaksin akan mendapatkan dos pertama mereka.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Bagi mempercepatkan usaha di Tanjung Malim, pihak syarikat telah bekerjasama dengan pihak berkuasa peringkat Negeri dan Persekutuan untuk menjadikan kompleks sukan sebagai pusat pemberian vaksin industri (PPVIN).

Dengan kapasiti maksimum harian lebih kurang 800 orang, PPVIN tersebut akan beroperasi selama enam hari bagi memastikan warga Proton serta pembekal yang berada di sana mendapat vaksin mereka.

Bagi kakitangan di Shah Alam pula, mereka akan mendapat vaksin mereka di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kerana kekangan ruang yang besar dan syarat pematuhan SOP diperlukan oleh Proton untuk mewujudkan PPV sementara.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pihaknya berharap dengan proses vaksinasi warga kerjanya dapat membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Dengan inisiatif sama dari syarikat lain, ia mampu menghidupkan semula industri automotif yang terhenti seketika semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan permulaan hari ini, proses vaksinasi ini akan diulangi semula tiga minggu kemudian bagi warga Proton mendapatkan dos kedua mereka. Proton menjangkakan kebanyakan kakitangan mereka akan mendapat vaksin penuh menjelang pertengahan Ogos.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply