ARKIB

KATEGORI

Buletin

Had usia penggunaan kenderaan awam dilanjutkan setahun – Kementerian Pengangkutan

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memberi pelanjutan selama satu tahun secara automatik kepada kenderaan perkhidmatan awam yang mencapai had usia maksima penggunaan seperti ditetapkan dalam syarat lesen atau permit kenderaan.

Menurut Berita Harian, ia termasuk kenderaan yang mendapat lanjutan pada tahun lalu, sebelum ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu diambil bagi membantu pemain industri pengangkutan awam khususnya pemilik teksi, bas sekolah dan bas persiaran dalam mengharungi waktu sukar akibat pandemik COVID-19.

8 Kereta Sport Toyota Yang Power - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang mencapai had usia maksima penggunaan kenderaan untuk tempoh bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 akan diberi pelanjutan secara automatik satu tahun lagi.

Beliau berkata, pelanjutan itu adalah tertakluk kepada kenderaan terbabit menjalani pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan tahap keselamatan dan kelayakan berada di atas jalan. Jalas beliau, pelanjutan ini akan membabitkan semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak.

Keputusan MOT berkaitan pelanjutan had usia bas pelancongan dan persiaran juga turut diselaraskan dengan aspek pelesenan syarikat, agensi, operator pelancongan dan pelesenan bas pelancongan serta persiaran di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berada di bawah skop kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ka Siong berkata, keputusan itu diambil susulan sesi perbincangan serta libat urus di antara kementerian itu bersama persatuan dan pengendali termasuk Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Pan Malaysia Bus Operators Association (PMBOA), Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Semenanjung Malaysia (PPBPSM), Gabungan Teksi Semenanjung Malaysia (GTSM), Koperasi Melayu Teksi Pulau Pinang, Persatuan Teksi India Wilayah Persekutuan dan Persatuan Kereta Sewa Hulu Selangor.

Pihaknya sentiasa mendengar dan prihatin terhadap segala rintihan para pemain industri yang terjejas akibat COVID-19, kerana perkhidmatan pengangkutan awam adalah mod pengangkutan yang dekat di hati masyarakat.

Tambahnya, mereka juga amat memahami situasi yang terpaksa dihadapi oleh pemain industri apabila tidak berupaya menggantikan kenderaan mereka pada waktu sukar ini.

Katanya lagi, diharapkan dengan pelanjutan had usia penggantian kenderaan selama setahun secara automatik ini dapat memberi kelegaan kepada industri pengangkutan awam seterusnya kembali pulih serta terus berdaya saing untuk tempoh panjang demi manfaat rakyat serta negara secara keseluruhannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Vocket

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply