ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Commerce sasar pinjaman kenderaan meningkat suku terakhir 2020

Berita Tempatan

Views

Proton Commerce Sdn Bhd (PCSB) menjangkakan pinjaman sewa-beli kenderaan akan terus meningkat pada suku terakhir 2020. Syarikat usaha sama antara Proton Edar Sdn Bhd dan CIMB Bank Berhad yang diasaskan pada 2003 ini, menawarkan pakej pinjaman pada kadar kompetitif serta pemprosesan pinjaman yang pantas untuk pembeli kereta Proton.

Sepanjang tiga tahun kewangan (FY2017- FY2019), industri sewa-beli kenderaan mengalami kadar peningkatan dalam lingkungan 1.0 peratus ke 2.0 peratus, selari dengan peningkatan jumlah keseluruhan industri (TIV) dalam negara. Walau bagaimanapun, untuk enam bulan pertama 2020, industri automotif menyusut hampir 1.0 peratus disebabkan oleh wabak COVID-19.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Biarpun berdepan dengan cabaran, aset pinjaman Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (Compound Annual Growth Rate) PCSB kekal pada 25 peratus dari tahun kewangan 2019 sehingga kini. Pada bulan Julai 2020, PCSB mencatatkan peningkatan tinggi dalam sejarah di mana jumlah pinjaman yang dikeluarkan dan jumlah kontrak, merangkumi 15 peratus daripada jumlah jualan Proton dalam bulan tersebut.

Kejayaan ini disebabkan peningkatan jualan kenderaan Proton secara keseluruhannya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan. Sehingga penghujung Ogos, Proton telahpun menjangkau angka jualan tahunan berbandingan tahun 2019.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce Sdn Bhd, Mooi Fi Phang, pihaknya menjangkakan angka jualan sewa-beli akan meningkat bersandarkan pakej pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan kerajaan sehingga 31 Disember 2020.

Tambahnya, minat orang ramai terhadap Proton X50 akan memberi impak untuk suku terakhir 2020, dan juga besar kemungkinan untuk tahun 2021. Faktor peningkatan lain dalam suku terakhir termasuklah pengurangan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) oleh Bank Negara yang membenarkan PCSB menawarkan harga kompetitif kepada pelanggan.

PCSB kini menawarkan kadar pinjaman 2.19 peratus untuk Proton X70, antara yang terendah, atau sama, dengan institusi kewangan lain di pasaran. Kata Mooi lagi, PCSB komited menawarkan kadar pinjaman kompetitif untuk pelanggan Proton dan akan memainkan peranan penting untuk membolehkan lebih ramai pelanggan untuk memiliki kereta buatan Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply