ARKIB

KATEGORI

Buletin

McDonald’s Malaysia sahkan kejadian pergaduhan di kaunter Pandu-Lalu

Berita Tempatan

Views

McDonald’s Malaysia menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya telah mengesahkan kejadian pergaduhan yang berlaku di restoran Pandu-Lalu McDonald’s Rawang baru-baru ini. Menurut kenyataan tersebut, para pekerja mereka telah diserang oleh seorang pelanggan di tingkap Pandu-Lalu.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Tambah kenyataan itu, pihak McDonald’s Malaysia memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan kecederaan pada pekerjanya. Mereka juga telah membuat laporan polis mengenai kejadian ini dan akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara tersebut.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku selepas pelanggan yang juga pemandu Grab tidak berpuas hati dengan pekerja kaunter pandu lalu restoran tersebut yang membuat urusan transaksi pembayaran secara paywave tanpa kebenarannya.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Jelas beliau, pekerja tersebut telah meninggikan suara dan bercakap kasar dengan lelaki berusia 41 tahun itu serta membuat mangsa menunggu lama. Kemudian berlaku pertengkaran antara kedua belah pihak sebelum mangsa didatangi seorang lelaki lain yang bertindak menumbuknya di bahagian dahi kiri sementara pergelangan tangannya ditarik dengan kuat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. Video berdurasi 15 saat menyaksikan kekecohan yang berlaku di kaunter pandu lalu sebuah restoran makanan segera, tular di media sosial Facebook sejak semalam meskipun kejadian tersebut dikatakan berlaku malam Ahad lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply