Volvo Car Malaysia semalam telah melancarkan SUV sub-kompak elektrik terbaharunya, iaitu Volvo EX30 untuk pasaran tempatan.
Model yang dipasang secara tempatan (CKD) itu ditawarkan dalam tiga pilihan varian – dua versi Single Motor Extended Range Plus dan Ultra, serta versi Ultra Twin Performance dengan motor berkembar.
Berikut adalah senarai varian dan juga harga Volvo EX30:
Volvo EX30 | Harga | Kuasa (PS) | Daya Kilas (Nm) | 0-100 km/j | Jarak Pemanduan (WLTP) |
Plus | RM188,888 | 272 | 343 | 5.3 saat | 476 km |
Ultra | RM208,888 | 272 | 343 | 5.3 saat | 476 km |
Ultra Twin Performance | RM228,888 | 428 | 543 | 3.6 saat | 450 km |
Pilihan warna yang ditawarkan terdiri daripada Cloud Blue, Vapour Grey, Crystal White, dan Onyx Black, serta warna unik Moss Yellow yang diilhamkan oleh lumut yang tumbuh di sepanjang pantai barat Sweden (varian Ultra untuk tempoh terhad).
Semua varian hadir kemasan dalaman Indigo yang sporty menampilkan tekstil denim yang dikitar semula, upholsteri yang diperbuat daripada 100 peratus poliester kitar semula, dan Nordico dengan kandungan PET yang dikitar semula, manakala bahan plastik diperbuat daripada 30 peratus kandungan kitar semula.
Varian teratas Volvo EX30 Ultra Twin menjana kuasa 428 PS dan 543 Nm daya kilas, membolehkan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.6 saat.
Varian EX30 Plus dan EX30 Ultra dengan motor magnet kekal tunggal di gandar belakang menawarkan kuasa 272 PS dan 343 Nm daya kilas dengan pecutan dalam 5.3 saat.
Semua model dilengkapi bateri NMC berkapasiti tinggi 69 kWj yang memberikan jarak pemanduan sehingga 476 km untuk varian motor tunggal dan 450 km untuk EX30 Ultra Twin Performance.
Volvo EX30 menyokong pengecasan pantas DC 175 kW yang membolehkan bateri dicas dari takat 10 hingga 80 peratus, hanya dalam tempoh 28 minit.
Ciri-ciri standard termasuklah lampu depan LED, rim aloi Potongan Berlian 19-inci, Pilot Assist, sistem audio premium Harman Kardon, pintu but belakang kuasa, cermin pandang belakang dan cermin sisi anti-silau, lampu suasana dalaman bertema, serta suite penuh sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) Volvo.
Varian Ultra pula dilengkapi dengan ciri tambahan seperti Park Pilot Assist, kamera 360°, tempat duduk hadapan berkuasa, dan bumbung panoramik.
Volvo EX30 menggabungkan konsep minimalisme Scandinavia yang bergaya dengan saiz yang mesra bandar. Ini memudahkannya ‘menyusur’ di jalan-jalan bandar yang sibuk dan ruang parkir yang sempit.
Ia menampilkan rekaan bonet rendah, lampu depan dan dapra yang lebar, roda besar, serta jarak lega permukaan 171 mm.
Rekaan kabinnya yang ringkas dan minimalis dipertingkatkan lagi dengan lima tema cahaya suasana dalaman yang diilhamkan oleh alam semula jadi di Sweden.
SUV elektrik ini juga merupakan kereta Volvo pertama yang memperkenalkan sistem bunyi Harman Kardon Premium Sound dalam unit bar bunyi tunggal yang terbenam di papan pemuka.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Diilhamkan oleh reka bentuk audio rumah, bar bunyi ini menjimatkan ruang di pintu hadapan sambil mengurangkan berat dan bahan, tanpa mengurangkan kualiti audio yang tinggi.
Selain itu, ia turut dilengkapi slot pengecasan telefon nirwayar terbina dalam, pemegang cawan gelongsor, ruang bagasi belakang 318 liter yang boleh ditingkatkan kepada 718 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat sepenuhnya.
Volvo EX30 adalah satu-satunya SUV sub-kompak dengan Google Built-in, yang kini dipertingkatkan dengan Apple AirPlay nirwayar.
Ia juga dilengkapi dengan aplikasi khusus yang boleh digunakan untuk mengunci dan membuka kereta, menetapkan tahap pengecasan elektrik, dan mengurus tetapan secara kawalan jauh.
SUV elektrik ini didatangkan dengan lima tahun Pelan Servis Volvo (VSP), perkhidmatan digital, bantuan pinggir jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan. Bukan itu sahaja, bateri voltan tinggi turut dijamin selama lapan tahun.
Nikmati terma pembiayaan eksklusif dengan rakan kongsi Perkhidmatan Kewangan Volvo Car – pilih pembiayaan kadar tetap daripada RM1,588 sebulan dengan pembiayaan bertingkat, atau nikmati Kadar Pembiayaan Boleh Ubah pengenalan serendah 1.88 peratus untuk 100 tempahan pertama sahaja.
Volvo Car Malaysia juga akan mengadakan pameran pelancaran dan sesi pandu uji dari Khamis, 26 September hingga Ahad, 29 September di KL Base, Sungai Besi. Di sana, pelanggan boleh melihat sendiri Volvo EX30 baharu dan mengetahui lebih lanjut mengenainya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI