ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton e.MAS 7 bakal ‘curi tumpuan’ orang ramai dalam perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67!

Berita Tempatan

Views

Perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 akan disambut pada 31 Ogos ini pastinya akan lebih istimewa kerana model EV pertama Proton, e.MAS 7 bakal membuat penampilan awam buat julung kalinya.

e.MAS 7 telah dipertontonkan kepada pihak media pada 2 Ogos lalu akan mengenakan ‘celoreng penyamaran khas’ mewakili warna Jalur Gemilang. Sebanyak 25 buah kereta pelbagai model akan mewakili kontinjen Proton dalam perarakan tersebut.

Proton yang kini menjangkau usia 41 tahun, adalah merupakan sebahagian penting dalam sejarah Malaysia dan kisah perindustrian ekonomi negara.

Perarakan Hari Kebangsaan adalah peluang keemasan untuk syarikat mempamerkan kemajuan yang telah dicapai sepanjang empat dekad.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Barisan 25 kereta syarikat akan merangkumi pelbagai model, bermula dari Proton Saga generasi pertama hingga Proton X70 2025, yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, Proton telah mengambil keputusan untuk membawa e.MAS 7 untuk menyertai perarakan ini meskipun ia belum dilancarkan secara rasmi.

Ia bagi membolehkan orang awam melihat model EV pertama syarikat dengan lebih dekat. Oleh kerana model ini bukan kenderaan pengeluaran yang sebenar, ia akan dipamerkan dengan menggunakan motif penyamaran.

Proton telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia bagi menyemarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan.

Selain penampilannya di perarakan, aktiviti pengujian dan penyesuaian iklim untuk e.MAS 7 semakin giat dijalankan selepas membuat penampilan pertama media beberapa minggu yang lalu.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Kereta ujian yang lengkap dengan pelitup penyamaran sering kali dilihat oleh orang ramai kerana program pengujian ketahanan, pengecasan, pemanduan, dan perisian terus dijalankan bagi memastikannya memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan masa depan.

Tambah Dr. Li Chunrong, e.MAS 7 bukan sahaja EV pertama Proton, malah ia juga merupakan model Proton pertama yang dibangunkan secara serentak dengan pasukan di Geely.

Ini membolehkan masa pengeluaran yang lebih singkat untuk versi pemanduan kanan (RHD) dan juga menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi serta perkongsian kos pembangunan.

Bukti kejayaan akhir usaha ini adalah penerimaan pembeli di Malaysia dan pasaran eksport. Bagi memastikan hasil yang positif, setiap langkah dalam pembangunan, pemasaran, jualan, dan perkhidmatan selepas jualan bagi model ini telah diberi perhatian penuh oleh Proton.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply