Jika malam tadi kami menggemparkan alam maya dengan kebocoran foto Proton Ertiga yang terbaharu, hari ini kami nak berkongsi pula sekeping foto yang berkemungkinan unit pameran dan pandu uji Ertiga sedang menaiki treler pengangkut. Foto ini telah sempat dirakam oleh rakan kami dari Perak, Hazizy Shahar yang terserempak dengan treler pengangkut tersebut di sekitar Tanjung Malim.
Menurutnya, kelibat kenderaan yang diselubungi kain hitam itu berbentuk seperti sebuah MPV dan saiznya hampir sama dengan Perodua Alza. Andaian kami, kereta misteri tersebut adalah Proton Ertiga dan jika benar, ia menandakan pelancaran model terakhir Proton tahun ini bakal berlangsung dalam masa terdekat. Buat masa ini kami masih belum memperolehi sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi model tersebut.
TU DIA TAHNIAH PROTON
Tahniah Proton. Berjaya rebadge Suzuki Ertiga. REBADGE ok. Bukan copy & paste. Perodua yg “copy & paste” ok.
http://sozcyili.blogspot.my/2016/11/baru-guna-bezza-2-hari-dah-rosak-teruk.html
PROTON gunalah iklan free ni viral kat 1 Malaysia.
Viral2…
1. Saya dapat kunci kereta 28/10/2016(sabtu)..
2. Pada 30/10/2016 (ahad) selepas 2 hari menggunakan kereta tersebut..
3. Kerosakan serius telah berlaku..engine rosak dan berhenti tepi jalan…
4. 31/10/2016 (isnin) call Perodua towing untuk hantar ke SC PLENTONG dan dikenakan bayaran rm100 (kerana lebih dari 100km dari rumah)..
5. Sampai sekarang 2/11/2016 kereta masih di SC…
6. Masalahnya baru guna 2 hari dah rosak teruk..
7. Kereta gantian pon tak diberi…
8. No plat kereta saya F6004… jika minggu ni tiada apa2 info dari HQ..saya terpaksa viralkan memandangkan baru 2hari guna kereta tersebut….
Saya rasa kecewa dengan mutu Perodua Bezza Advance.
https://4.bp.blogspot.com/-u0OHMBQMqv4/WCmNBQi5CnI/AAAAAAAASa0/ZqnrZKtSY_kZ5ZLub3aQ-TU-pKmQ8Xr5gCLcB/s1600/Bezza.jpg
Kes ni kes terpencil. Setiap 20k unit mungkin satu ja berlaku. Jika tuntutan pengguna/mangsa dipenuhi dengan segera tiada apa yang perlu diviralkan. Perkara hari serius jika khidmad lepas jualan sangat lemah