ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program subsidi bersasar bermula tahun depan – Rafizi

Berita Tempatan

Views

Program Subsidi Bersasar dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun hadapan setelah Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) dilengkapi maklumat lengkap sosio ekonomi isi rumah di negara ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Padu dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurutnya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan Padu telah lengkap dengan data diperlukan bagi memastikan tiada risiko keciciran berlaku.

“Selepas Padu diuji dan disahkan, dengan kita mencapai sasaran maklumat isi rumah sudah berada sepenuhnya di dalam sistem, ia akan membolehkan kerajaan membuat keputusan bila subsidi bersasar boleh dimulakan.

“Apabila Padu sudah beroperasi dan dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024, pandangan saya Insya-ALLAH. proses ini akan mula dilaksanakan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Program Subsidi bersasar akan bermula tahun 2024,” katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen pada Isnin. Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12).

Mengulas mengenai mekanisme perlaksanaan subsidi bersasar, Rafizi berkata, sama ada ia menerusi pindahan tunai, berdasarkan pemberian kad khas atau agihan di pam stesen minyak, semuanya akan diputuskan dari masa ke masa.

“Keutamaan kita sekarang adalah maklumat sosio ekonomi isi rumah kena lengkap dulu dalam Padu. “Itu lebih penting berbanding kita mahu guna kad pengenalan, pindahan (kredit) terus ke akaun atau mahu pakai pam,” katanya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply