ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pelantar GA-B bakal jadi asas Toyota Yaris generasi baharu

Berita Global

Views

Gergasi automotif dari negara matahari terbit, Toyota telah mengeluarkan perincian awal mengenai pelantar terbaharu mereka GA-B, yang paling kecil dalam keluarga TNGA dan bakal menjadi asas kepada Yaris generasi baharu.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Seperti model-model lain yang berasaskan pelantar TNGA, GA-B direka untuk memaksimakan ciri pengendalian kereta. Underbody pelantar ini “sangat tegar” disebabkan oleh struktur yang lebih kukuh, menggunakan suspensi MacPherson di depan dan pilihan sama ada unit torsion beam atau multi-link di belakang.

Pelantar kereta kecil baharu Toyota ini juga membolehkan kedudukan kerusi pemandu lebih rendah dan di tolak sedikit ke belakang ke arah bahagian tengah kereta. Ia bagi memastikan posisi pemanduan yang lebih baik dan pusat graviti yang lebih rendah. Pelantar ini turut menampilkan beberapa ciri pakej pintar dalam menawarkan ruang kabin yang luas.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Toyota turut menyeragamkan penggunaan komponen merentasi seluruh pelantar TNGA yang memudahkan proses keseluruhan namun kereta akan kelihatan berbeza. Titik keras upper body, bersama-sama dengan titik pinggang pemandu, ditetapkan rendah, bagi memberikan kebebasan kepada pereka untuk mereka bentuk kereta yang lebih rendah dan luas.

Mungkin disebabkan itu prototaip Yaris yang diuji baru-baru ini di litar Nürburgring kelihatan lebih sporty. Toyota memaklumkan mereka akan menggunakan pelantar GA-B pada kenderaan yang pelbagai saiz dan jenis badan, menampilkan panjang jarak gandar, tinggi dan lebar yang berbeza. Ada kemungkinan Toyota berhasrat untuk menghasilkan sebuah crossover kecil baharu yang akan berada di bawah model C-HR.

Adakah pelantar ini akan turut dikongsi oleh Daihatsu dan mungkin juga Perodua? Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply