ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton jual 8,839 unit kenderaan pada bulan April – Saga 2022 (MC2) bakal dilancar bulan ini!

Berita Tempatan

Views

Suku kedua tahun ini agak mencabar bagi Proton setelah bertungkus-lumus untuk memulihkan jumlah jualan bagi tiga bulan pertama, berikutan isu bekalan cip yang masih belum berkesudahan.

Ini diterjemahkan pada bulan April yang hanya mencatat 8,839 unit (domestik + eksport), menurun sebanyak 32.2 peratus berbanding bulan Mac dan kurang 41.1 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun 2021.

April menyaksikan Proton mencatat pegangan pasaran kira-kira 15.6 peratus, manakala pegangan pasaran tahun hingga kini (YTD) sebanyak 17 peratus.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Secara keseluruhan, Proton berjaya menduduki tempat kedua dengan jualan terkumpul dan pegangan pasaran. Meskipun mengalami penurunan jualan dan pegangan pasaran, tiga modelnya iaitu X50, X70 dan Exora kekal menerajui segmen masing-masing.

Proton berjaya menjual sebanyak 1,554 unit X50, 1,530 unit X70 dan 301 unit Exora pada bulan April. Saga kekal sebagai model paling laris dengan jumlah jualan 4,579 unit.

Model semasa Saga menyumbang kepada jumlah YTD sebanyak 14,028 unit. Ini merupakan bulan terakhir jualannya sebelum pengenalan model Saga 2022 (MC2) pada bulan ini.

Secara keseluruhan, Saga berada di tempat kedua dalam kelasnya dengan permintaan eksport yang kukuh dan dijangka mengekalkan model ini dalam barisan untuk seketika pada masa akan datang.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, pasaran automotif Malaysia menunjukkan potensi pertumbuhan yang kukuh pada 2022.

Tambah beliau, pihaknya bersyukur kerana telah memperoleh bekalan cip untuk bulan Mei dan Jun dan mengunjurkan pemulihan yang pantas dalam beberapa bulan yang akan datang.

Jualan eksport bagi bulan April pula berjumlah 456 unit, angka yang turut terjejas oleh isu bekalan alat ganti. Jualan eksport YTD kini berjumlah 1,573 unit, meningkat sebanyak 109.7 peratus berbanding empat bulan pertama tahun 2021.

Pakistan merupakan pasaran eksport terbesar dengan 1,050 unit diikuti dengan Mesir dan Brunei sebanyak 172 dan 138 unit masing-masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fiz Sleeperz dan Syaffiq Imran Amir

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply