Pengedar kenderaan jenama Proton di Pakistan, Al-Haj Automotive semalam telah melancarkan model sedan, Saga secara rasmi di negara tersebut secara dalam talian. Saga di Pakistan ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu Saga MT, Saga AT, Saga Ace dan Saga R3 Limited Edition yang hanya terhad kepada 100 unit sahaja.
Apa yang menarik, Saga R3 Limited Edition di Pakistan turut ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan! Selain itu, Saga di Pakistan dijana oleh enjin 1,299 cc S4PE yang menghasilkan 95 PS dan 120 Nm daya kilas.
Kapasiti enjin tersebut lebih kecil berbanding yang ditawarkan di Malaysia (1,332cc), bagi membolehkan Al-Haj Automotive meletakkan tanda harga yang lebih rendah berikutan perbezaan struktur cukai untuk kereta berkapasiti 1,300cc dan ke atas.
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Rosewood Maroon, Ruby Red, Snow White, Jet Grey dan Armour Silver manakala versi Saga R3 Limited Edition pula ditawarkan dengan kombinasi warna Quartz Black dengan calitan kuning.
Dari segi kelengkapan standard, Saga ditawarkan dengan rim 14-inci, Eco Drive Assist, sistem kemasukan tanpa kunci, pelaras ketinggian tempat duduk pemandu, beg udara pemandu dan penumpang hadapan, penderia undur, stereng dan tingkap kuasa, Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) serta cermin sisi elektrik dengan lampu signal LED.
Varian Saga ACE pula mendapat kelengkapan tambahan seperti lampu siang LED, rim aloi 15-inci, spoiler belakang, skrin infohiburan jenis terapung bersaiz 7-inci, kamera undur, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, sambungan kepada telefon pintar dan butang kawalan audio dan telefon pada stereng.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Bagi varian Saga R3 Limited Edition, ia sama sahaja dengan apa yang ditawarkan di Malaysia yang merangkumi kit badanR3, visor pintu, pelekat badan kereta, emblem R3, pelekat pada cermin depan dan belakang serta rim aloi dwitona 15-inci.
Di bahagian dalam, ia dihiasi calitan kuning pada corong pendingin hawa, lingkaran pada panel meter, tempat duduk serta stereng dengan kemasan kulit kombinasi hitam dan kuning serta sulaman logo R3 Limited Edition, penapis udara N95 dan alas kaki khas R3.
Harga jualan Saga di Pakistan bermula dari PKR 1,975,000 (RM53,690) untuk Saga MT, PKR2,125,000 (RM57,769) untuk Saga AT dan PKR2,225,000 (RM60,488) untuk Saga ACE. Saga R3 Limited Edition pula dijual dengan harga PKR 2,175,000 (RM59,129) untuk transmisi manual dan PKR2,425,000 (RM65,925) untuk transmisi automatik. Ia turut ditawarkan dengan waranti selama 5-tahun atau 150,000km.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
KOMEN TERKINI