SAIC Motor Malaysia mengumumkan pengembangan rangkaian pengedar MG di seluruh negara, dengan penambahan pengedar baharu di wilayah Utara, Pantai Timur, dan Malaysia Timur menjelang akhir tahun ini.
SAIC Motor Malaysia MG kini mempunyai 14 bilik pameran jualan dan 8 pusat servis di seluruh negara dengan tambahan 5 bilik pameran jualan dan 1 pusat servis yang akan dibuka tidak lama lagi.
Menjelang akhir tahun 2025, SAIC Motor Malaysia menyasarkan untuk meliputi sejumlah 35 lokasi di Malaysia.
Berikut adalah senarai rangkaian pengedar MG yang baharu:
SV Auto Haus Sdn. Bhd. (MG Motor Puchong)
GF-4, Tower 2 @ PFCC, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9:00 pg – 6:00 ptg), Ahad & Cuti Umum (10:00 pg – 5:00 ptg)
YM MG Auto Sdn Bhd (MG Motor Skudai)
No. 11, Jalan Tun Abdul Razak (Susur 4), Pusat Bandar, 80000, Johor Bahru
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9:00 pg – 7:00 mlm), Ahad & Cuti Umum (10:00 pg – 7:00 mlm)
Weststar Technics Sdn Bhd (MG Motor Juru)
Lot 1810 & 1811, Jalan Perusahaan Auto City, North-South, Juru Interchange, 13600 Prai, Pulau Pinang
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9:00 pg – 5.30 ptg), Ahad & Cuti Umum (10:00 pg – 4:00 ptg)
Auto Galery Group of Companies (MG Motor Alor Setar) – akan beroperasi pada pertengahan September
Lot 10201, Susuran Kerabung, Off Persiaran Bandar Baru Mergong, 05150 Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9:00 pg – 5.30 ptg), Ahad & Cuti Umum (10:00 pg -4:00 ptg)
Borneoland Automobile Sdn Bhd (MG Motor Sibu & Miri) – akan beroperasi pada pertengahan September/awal Oktober.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd., Steven Du berkata, pihaknya sangat teruja untuk menyambut pengedar-pengedar yang dihormati ini ke dalam keluarga MG.
Dedikasi dan kepakaran mereka selaras dengan misi syarikat untuk menyampaikan pengalaman MG yang tiada tandingan kepada pelanggan yang dihargai.
Pengedar-pengedar baharu ini akan meningkatkan aksesibiliti model enjin pembakaran dalaman (ICE) terbaharu MG, iaitu sedan MG5 dan SUV MG HS, di samping model elektrik sepenuhnya MG4 dan MG ZS EV.
Kenderaan-kenderaan ini menawarkan gabungan unik teknologi canggih, prestasi unggul, dan kelestarian, menetapkan penanda aras baru dalam industri automotif. Kesemuanya mencerminkan komitmen MG terhadap inovasi, nilai, dan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI