Proton berjaya melepasi angka jualan 100,000 unit untuk tahun kelima berturut-turut setelah jumlah jualan melepasi tahap itu pada bulan Ogos, sebulan lebih awal daripada tahun 2022.
Bulan lalu (Ogos), Proton telah menjual sebanyak 13,955 unit (domestik + eksport), manakala jualan tahun sehingga kini (YTD) tahun 2023 kini berjumlah 104,602 unit.
Ia meningkat sebanyak 17,121 unit, atau bersamaan kenaikan 19.6 peratus berbanding jumlah dicatatkan untuk lapan bulan pertama tahun lepas.
Jumlah jualah industri (TIV) pula dianggarkan sebanyak 74,200 unit, manakala pegangan pasaran diramalkan pada 18.8 peratus untuk bulan Ogos, dengan angka pegangan pasaran YTD sebanyak 20.8 peratus.
Walaubagaimanapun, pertumbuhan volum syarikat kekal mendahului TIV, yang kini dianggarkan sebanyak 12.2 peratus untuk 2023.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Empat model menerajui jualan YTD untuk segmen masing-masing iaitu X90, X50, Persona dan Exora. Model terbaharu X90 menerajui jualan bulanan dan YTD untuk SUV segmen-D dengan 719 unit terjual pada bulan Ogos.
Meskipun hanya tiga bulan dilancarkan, jumlah jualan terkumpulnya berjaya mencecah sebanyak 2,944 unit setakat ini. X50 pula terus menguasai pasaran SUV segmen-B dengan 2,558 unit dijual pada bulan lepas.
Ini menyumbang kepada angka YTD sebanyak 22,750 unit, yang bukan sahaja menerajui kelasnya sendiri malah juga keseluruhan pasaran SUV.
Exora terus menetapkan standard untuk jualan MPV segmen-C dengan jualan sebanyak 409 unit pada bulan Ogos, sekali gus menghasilkan jualan YTD sebanyak 3,150 unit.
Persona pula telah mencapai jualan lebih 2,000 unit untuk kali keenam bagi tahun 2023 dengan 2,028 unit telah pun diserahkan pada bulan lepas.
Saga pula masih kekal sebagai model Proton paling laris pada bulan Ogos dengan angka bulanan tertinggi bagi tahun 2023 sebanyak 6,585 unit.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Ini telah meletakkannya di tempat kedua jualan keseluruhan kenderaan di Malaysia untuk bulan ketiga berturut-turut.
Bagi lapan bulan pertama, sebanyak 45,836 unit telah diserahkan, iaitu peningkatan sebanyak 34.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022. Iriz juga mengalami peningkatan jualan dengan 654 unit dijual pada bulan Ogos.
Ini membolehkannya berada di tempat keempat dalam segmennya tetapi dengan 5,362 unit diserahkan pada tahun ini, manakala jualan YTD adalah 50.3 peratus mendahului tahun sebelumnya.
X70 mengakhiri bulan Ogos dengan jualan sebanyak 1,002 unit yang melonjakkan jualan YTDnya kepada 7,999 unit.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya menjangkakan keadaan pasaran akan kekal dengan daya saingan tinggi dan bakal melancarkan banyak lagi model sebelum akhir bulan Disember.
Tambah beliau, usaha ke arah produk dan perkhidmatan yang lebih baik akan diteruskan dan baru-baru ini Pusat Ujian Proton telah menerima akreditasi ISO 17025, di samping kemasukan syarikat ke segemen EV menerusi smart Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI