Menerusi perkongsian terbaharu di laman Facebook rasmi Proton Cars, pengeluar kereta nasional itu semakin galak mengusik netizen dengan menyiarkan video acah terbaharu Saga Anniversary Edition sebentar tadi. Model yang bakal dilancarkan secara strim langsung di laman Facebook itu pagi esok, bakal tampil dengan warna khas kombinasi ‘hitam dan kuning’ sempena meraikan ulang tahun ke-35 ikon negara tersebut.
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
Apa yang boleh kita lihat, model edisi khas ini sebenarnya tidak mengalami sebarang perubahan kosmetik, hanya tampil dengan kit badan yang merangkumi spoiler depan dan belakang serta skirt sisi yang dihiasai kemasan kuning. Selain itu, jejalur bingkai jeriji depan Ethereal Bownya turut dicat dengan warna kuning.
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
Roda aloinya pula dikatakan menggunakan satu tona warna dengan kemasan keluli gelap dan masih mengekalkan reka bentuk yang sama pada varian Premium. Di bahagian dalam, pelaras corong pendingin hawa, bingkai di bawah corong pendingin hawa serta lingkaran pada panel meternya turut diberi kemasan kuning.
Untuk mengetahui apa lagi ciri-ciri menarik model Saga Anniversary Edition ini, teruskan bersama dengan kami!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
KOMEN TERKINI