ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saga kekal model terlaris Proton – 1.8 juta unit telah terjual sepanjang 35 tahun

Berita Tempatan

Views

Tanggal 9 Julai 1985 merupakan satu detik bersejarah buat Malaysia kerana pada tarikh keramat itulah kereta nasional pertama, Proton Saga dilancarkan. Model ini lahir setelah kira-kira dua tahun selepas penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton).

Proton merupakan cetusan idea daripada perdana menteri keempat Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1979 untuk menjadi pembuat kereta nasional bagi membantu meningkatkan perindustrian negara. Kelulusan kabinet berjaya diperolehi pada tahun 1982 dan pada 7 Mei 1983, syarikat automotif pertama Malaysia ini telah ditubuhkan.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Saga generasi pertama dibina dari pelantar Mitsubishi selepas pengeluar kereta Jepun itu bersetuju mewujudkan usaha sama dengan HICOM bagi menghasilkan kereta pertama Malaysia. Ia mendapat sambutan luar biasa di kalangan pembeli kereta di Malaysia. Pada 16 Mac 1989, Saga dilancarkan pula di United Kingdom.

Model ini laris dijual di mana sasaran jualan di negara itu bagi 12 bulan berjaya dicapai hanya dalam tempoh enam bulan. Meskipun Proton semakin bergerak maju, namun Saga masih kekal berada dalam rangkaian model syarikat tersebut. Tahun lalu, Saga telah ditambah baik secara menyeluruh dan mendapat sambutan menggalakkan dari para pelanggan.

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!

Hari ini, Saga mengekalkan kedudukannya sebagai model terlaris dalam rangkaian penawaran Proton. Sejak pelancaran model versi 2019, jumlah tempahan diterima hampir sama dengan keluaran terdahulu. Malah, untuk bulan Mei 2020, ia menjadi kereta terlaris di Malaysia dan pada bulan Jun, Saga berjaya mencapai jumlah jualan bulanan tertinggi dalam tempoh 70 bulan.

Secara kumulatif, lebih dari 1,800,000 unit telah terjual dalam tempoh 35 tahun. Ini bermakna Saga adalah model paling popular dari jenama automotif Malaysia. Dengan lebih banyak rancangan peningkatan pada masa hadapan, model Proton paling popular ini akan kekal menjadi buah mulut pengguna untuk sekurang-kurangnya 35 tahun lagi.

Ikuti laman rasmi Facebook Proton pada 9 Julai 2020, jam 10.35 pagi untuk mengetahui kejutan terbaharu sempena ulang tahun ke-35 ikon negara ini. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply