Industri e-hailing atau e-panggilan kini semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan. Ia secara tidak langsung menjadikan permintaan kepada kereta yang menjimatkan minyak, selesa dan berdaya tahan turut meningkat.
Proton mengambil kesempatan ini dengan memperkenalkan satu tawaran insentif kepada pembeli kereta yang ingin menceburi bidang tersebut. Pelanggan yang membeli model Persona, Iriz, Exora, Saga atau X70 baharu dari pusat jualan Proton, akan ditawarkan dengan hadiah kad minyak Petronas bernilai RM500 atau, boleh memilih untuk mendapatkan potongan harga dengan nilai yang sama.
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
Untuk mendapatkan tawaran ini, pelanggan perlu mengemukakan salinan lesen e-panggilan PSV yang sah sebagai bukti dan mendaftarkan kenderaan tersebut di atas nama mereka sendiri. Selain itu, potongan harga tambahan turut ditawarkan bagi model terpilih, dari RM300 hingga RM1,500. Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2020.
Ia juga terbuka untuk individu yang ingin membeli kereta bagi tujuan sama iaitu e-panggilan oleh pemandu yang berbeza. Bagi hal ini, hanya memerlukan Surat Persetujuan yang menyatakan tujuan pembelian serta nama penuh, nombor kad pengenalan dan salinan lesen e- panggilan pemandu tersebut.
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
Menurut Ketua Jualan Korporat, Proton Edar, Fazli Hisham Shukor, pihaknya ingin memudahkan mana-mana individu yang ingin membeli kereta Proton bagi tujuan e-panggilan. Sekiranya pembeli kereta adalah isteri dan pemandunya adalah suaminya, Proton hanya memerlukan dokumen untuk pengesahan bagi meluluskan pembelian.
Tujuan Proton memperkenalkan tawaran ini adalah untuk memudahkan mereka yang baharu dalam industri e- panggilan untuk membuat keputusan pembelian kereta serta bagi pemandu sedia ada yang ingin menggantikan kereta mereka. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat jualan Proton Edar terdekat atau e-melkan kepada [email protected].
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
KOMEN TERKINI