ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Azlan Shah ‘undur diri’ dari sukan permotoran

Sukan Permotoran

Views

Pelumba prolifik jentera dua roda negara, Azlan Shah Kamaruzaman ‘mengejutkan’ arena sukan permotoran tempatan dengan mengumumkan persaraannya di media sosial semalam.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya, beliau dengan rasa penuh syukur dan berat hati, telah membuat keputusan untuk bersara daripada sukan dua roda yang telah menjadi sebahagian besar daripada hidupnya.

Tambahnya, perjalanan ini penuh dengan cabaran, kegembiraan, dan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan, namun tibalah masanya untuk dirinya melangkah ke fasa baharu dalam hidup.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Pelumba pasukan TKKR Racing Team itu berkata, keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia adalah keputusan yang diambil dengan penuh pertimbangan.

“Sepanjang karier saya, sokongan anda semua menjadi pendorong yang tidak ternilai, dan saya tidak dapat mengucapkan terima kasih yang secukupnya atas semangat dan kepercayaan yang diberikan.” jelas Azlan Shah.

“Setiap sorakan, setiap kata-kata semangat, dan kehadiran anda di litar perlumbaan memberi saya kekuatan untuk terus berlumba dan berjuang di atas trek.”

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“Saya akan sentiasa menghargai memori ini dan membawa semangat anda bersama saya, walaupun saya tidak lagi akan berada di atas dua roda,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan penyokongnya yang sentiasa bersamanya dalam setiap kejayaan dan kegagalan.

Azlan turut berharap dapat terus berhubung dengan peminat dan penyokongnya, dan mungkin suatu hari nanti beliau akan kembali semula ke litar, walaupun bukan sebagai pelumba.

Terima kasih Wak Lan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azlan Shah Kamaruzaman

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply