Proton meneruskan momentum permulaan kukuh bagi 2023 dengan peningkatan kadar jualan. Bagi bulan Mac, sebanyak 14,573 (domestik dan eksport) unit telah dijual. Ini menunjukkan peningkatan 3.8 peratus berbanding bulan Februari dan 11.9 peratus berbanding dengan bulan Mac 2022.
Bagi suku pertama 2023 pula, jualan mencecah 40,287 unit bersamaan peningkatan sebanyak 50.9 peratus berbanding dengan tahun lepas. Dari segi pegangan pasaran pula, ia dianggarkan sebanyak 18.7 peratus, sekali gus mengekalkan kedudukan kedua dalam carta jualan.
Pencapaian ini membolehkan Proton menjadi jenama dengan peningkatan angka pegangan pasaran suku pertama yang paling tinggi dengan penambahan 4.5 peratus berbanding dengan tahun lalu.
Jualan kenderaan pada bulan Mac telah mencapai rekod baharu dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) dianggarkan sebanyak 78,000 unit, memecahkan rekod lama sebanyak 76,657 unit yang telah dicatatkan pada bulan Disember 2022.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Meskipun berdepan saingan beberapa model baharu, Persona masih kekal sebagai sedan segmen-B terlaris selama tiga bulan berturut-turut. Sebanyak 2,421 unit berjaya dijual pada bulan Mac 2023 dan jumlah jualan suku pertama pula adalah 6,773 unit, meningkat sebanyak 79.2 peratus.
X50 kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia dengan 3,414 unit dijual pada bulan Mac dan terus mendahului segmennya. Jualan suku pertama pula adalah 9,668 unit, meningkat sebanyak 34.4 peratus berbanding dengan 2022.
Exora terus mendahului segmennya dan kekal sebagai MPV segmen-C terlaris dengan 426 unit dijual di bulan Mac. Saga pula menjadi model Proton yang paling popular dengan jualan sebanyak 6,313 unit. Bagi suku pertama 2023, sebanyak 17,446 unit telah berjaya dijual, meningkat sebanyak 84.6 peratus.
Walau bagaimanapun, peningkatan itu berpunca daripada bencana banjir yang telah menjejas pengeluaran Saga pada permulaan 2022. Akhir sekali, Iriz dan X70 masing-masing mencapai jualan 712 unit dan 1,272 unit.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Iriz kekal di tangga keempat dalam kategori hatchback segmen-B, manakala X70 berada di tempat kedua bagi jualan SUV segmen-C. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Abdullah berkata, mereka berbangga dengan pencapaian jualan melebihi 40,000 unit pada suku pertama 2023.
Tambahnya, gambaran sebenar sentimen pasaran mungkin akan muncul pada akhir suku kedua tahun ini. Proton juga bakal melancarkan X90 tidak lama lagi dan akan ada penambahan kepada barisan model lewat tahun ini.
Pada masa yang sama, Proton juga komited untuk mengembangkan barisan model Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) yang mampu membawa jenamanya ke segmen yang baharu untuk pertumbuhan jualan jangka panjang.
Ini akan membolehkan mereka mencapai matlamat rancangan sepuluh tahun. Walaupun ia akan memakan masa yang lama, Protonbegitu teruja untuk mendahului industri automotif Malaysia ke arah menjadi hab Kenderaan Generasi Baru (NxGV).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI