ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton teruskan momentum peningkatan jualan pada bulan Ogos

Berita Tempatan

Views

Proton meneruskan peningkatan jualannya pada bulan Ogos dengan 15,880 unit yang diserahkan untuk pasaran domestik dan eksport. Untuk 8 bulan pertama tahun ini, pengeluar kereta nasional itu telah menjual sebanyak 87,481 unit berbanding dengan 62,637 unit pada tahun 2021, iaitu peningkatan sebanyak 39.7 peratus.

Syarikat itu juga masih mengekalkan kedudukan keduanya dalam carta jualan automotif nasional dan mencapai anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.7 peratus untuk bulan Ogos, manakala pegangan pasaran tahunan (YTD) meningkat kepada 19.5 peratus.

Jumlah Jualan Industri (TIV) bagi bulan Ogos dianggarkan sebanyak 66,900 unit (36.7 peratus lebih daripada Julai) memandangkan semua jenama automotif giat menyerahkan unit kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa insentif SST berkuatkuasa.

Meskipun jenama kereta lain melancarkan model baharu yang bersaing secara langsung dalam segmen SUV, ke kedudukan Proton masih utuh dipersada carta. X50 mencatat penyerahan melepasi ambang 4,000 unit bagi bulan ketiga berturut-turut dengan 4,329 unit diserahkan pada bulan Ogos.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Ini adalah kali pertama SUV mencapai kejayaan sebegitu di Malaysia dan mencatatkan rekod industri dengan jualan 4,763 unit pada bulan Julai. X70 pula kekal sebagai peneraju jualan untuk SUV segmen C dengan jualan sebanyak 1,555 unit, sekali gus melonjakkan jumlah jualan SUV pada bulan Ogos Proton kepada 5,884 unit.

Pada bulan yang sama juga sebanyak 6,156 unit Saga telah diserahkan dan ini meletakkannya sebagai model ketiga paling popular di Malaysia bagi bulan Ogos. Ia seterusnya mendorong pendaftaran untuk model baharu 2022 kepada 14,154 unit selepas dilancarkan pada 12 Mei tahun ini.

Penerima manfaat terbesar daripada peningkatan jumlah pengeluaran ialah Persona dan Iriz. Sebanyak 2,612 unit Persona telah diserahkan, prestasi terbaiknya sejak Februari 2020 manakala Iriz menutup bulan Ogos dengan prestasi terbaik sejak April 2021 dengan 962 unit.

Kedua-duanya menduduki tempat kedua dan keempat dalam kategori masing-masing manakala Exora 2023 yang dilancarkan baru-baru ini mengekalkan kedudukannya di bahagian atas pasaran MPV segmen C dengan 266 unit diserahkan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, kekalan komponen kini lebih konsisten dan terurus demi memastikan mereka dapat menghasilkan sebanyak mungkin kereta. Oleh itu, pihaknya telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan bilangan trak penghantaran lebih 100 peratus menjelang akhir tahun.

Bulan lalu, jumlah jualan eksport Proton mengatasi volumnya berbanding tahun lepas. Dengan 938 unit dieksport pada bulan Ogos, syarikat telah mencapai jumlah bulanan yang tertinggi senjak Mac 2013, jurang sebanyak 113 bulan.

Ini telah meningkatkan jumlah eksport untuk tahun 2022 kepada 4,040 unit dan mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai pengeksport kenderaan utama Malaysia. Bagi jualan model individu untuk Ogos, X70 dan X50 mencatat rekod eksport peribadi baharu manakala Saga mencapai angka eksport terbaiknya sejak Mac tahun ini.

Pertumbuhan dijangka meningkat pada lewat tahun ini dengan pelancaran rasmi semula Proton di Afrika Selatan dijadualkan pada bulan September. Tambah Roslan, jualan eksport adalah penting untuk syarikat mencapai matlamat jangka panjangnya dan membantu meningkatkan imbangan perdagangan untuk Malaysia sambil mempamerkan kualiti dan kepintaran pembekal Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply