ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton teruskan trajektori pertumbuhan positif, S70 kini sedan segmen-C paling popular di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Bulan Februari menyaksikan Proton menjual sebanyak 13,602 unit kenderaan (domestik dan eksport), sekali gus meneruskan trajektori pertumbuhan positifnya untuk tahun 2024.

Jumlah jualan untuk dua bulan pertama telah meningkat kepada 26,484 unit, iaitu penambahan 3 peratus berbanding tempoh masa yang sama pada tahun 2023.

Pencapaian itu khususnya patut diberi perhatian kerana jualan automotif secara tradisinya lebih perlahan pada awal tahun selepas dorongan jualan akhir tahun pada bulan Disember.

Selepas dua bulan pertama tahun 2024, Jumlah Jualan Industri (TIV)nya dianggarkan meningkat sebanyak 13.8 peratus setakat ini kepada 129,353 unit kerana pengenalan jenama baharu bagi kenderaan tradisional dan EV.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pegangan pasaran Proton diramalkan berada pada 20.5 peratus, meletakkannya di tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan jualan automotif nasional.

Ahli keluarga terbaharu kepada Proton, S70, mencatat peningkatan jualan sebanyak 60.5 peratus kepada 2,314 unit pada bulan Februari, menjadikannya model sedan segmen-C yang paling popular di Malaysia.

Dengan sambutan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba, prestasi cemerlang dijangka berterusan di Malaysia dan pasaran eksport pertamanya, Brunei.

Memasuki tahun ke-39 pengeluarannya, Saga telah berjaya mencatat jualan sebanyak 6,212 unit pada bulan Februari. Jumlah jualannya juga telah melepasi 6,000 unit sebulan untuk bulan kelima berturut-turut.

Lebih mengagumkan, dengan jumlah 12,341 unit yang dijual dalam dua bulan pertama tahun 2024, jualan sehingga kini adalah 10.9 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model segmen-B, iaitu Persona dan SUV premium X90 terus menerajui segmen masing-masing dengan jualan sebanyak 1,859 unit untuk Persona merekodkan, manakala X90 meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada 374 unit berbanding bulan sebelumnya.

Sementara itu, X50 pula berada di tempat kedua untuk SUV segmen-B pada bulan Februari, namun masih mengekalkan jualan yang sihat dengan 1,816 unit.

Bagi model Proton yang lain, X70 menunjukkan peningkatan sebanyak 19.6 peratus kepada 445 unit manakala Iriz, menambah 3.8 peratus kepada 543 unit.

Meskipun telah tamat pengeluaran, Exora masih lagi berupaya mencatat jualan sebanyak 39 unit pada bulan Februari dan sehingga kini, lebih 194,250 unit telah dijual menjadikannya MPV segmen-C dengan jualan paling tinggi dalam sejarah automotif Malaysia.

Perniagaan eksport Proton turut melonjak sebanyak 223 peratus kepada 346 unit pada bulan Februari berbanding dengan bulan Januari, manakala pertumbuhan eksport sehingga kini berada pada 50.5 peratus dengan 453 unit dijual ke pasaran luar negara setakat ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya berharap S70 menguasai segmennya kerana penghantaran terus meningkat dan akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa model Proton ke tahap yang lebih tinggi dalam pasaran eksport.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply