ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton tukar dokumen perjanjian dengan ALHAJ Automobile dan China Construction Bank (CCB) di Beijing

Berita Global

Views

Semalam berlangsungnya satu majlis pertukaran dokumen antara Proton dan dua rakan perniagaan di Beijing. Pertukaran dokumen yang pertama ialah Perjanjian Perlesenan dan Bantuan Teknikal dengan ALHAJ Automobile (ALHAJ) bagi membina sebuah kilang pembuatan kereta Proton di Karachi untuk pasaran Pakistan.

Pertukaran yang kedua merupakan kemudahan perbankan yang ditawarkan oleh China Construction Bank (CCB) yang bernilai RM1.88b. Majlis ini disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, sempena kehadiran beliau di Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa.

Beliau turut hadir dalam sesi dialog dengan pembekal-pembekal komponen bersama Pengerusi Geely Holding Group, Li Shufu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar, Daniel Li Donghui, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Geely Holding Group serta ahli lembaga Proton, Shaharul Farez Hassan.

Perjanjian Pelesenan dan Bantuan Teknikal (LTAA) antara Proton dan ALHAJ Automotive (ALHAJ) adalah susulan daripada upacara simbolik pecah tanah yang telah diadakan di Islamabad pada bulan Mac lalu. Ia bakal menyaksikan Proton dan ALHAJ bakal membina sebuah kilang pengeluaran CKD baharu untuk memasang dan mengedarkan kereta-kereta Proton di Pakistan.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Kilang tersebut bakal dibina di Karachi iaitu di satu tapak Greenfield dengan pelaburan awal sebanyak USD30 juta. Ia akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tiga tahun pertama operasinya dan anggaran sebanyak 20,000 pekerjaan tidak langsung untuk industri-industri sokongan lain.

Selain itu Proton bakal mendapat kemudahan perbankan dari China Construction Bank (CCB) yang bakal diperuntukkan untuk membiayai pelan pengembangan perniagaan syarikat pada masa hadapan untuk menjadi jenama automotif nombor satu di Malaysia dan nombor tiga di ASEAN menjelang 2027.

Proton juga komited untuk memainkan peranan aktif bagi membangunkan ekosistem automotif Malaysia dengan menggalakkan pembekal tempatan meningkatkan kecekapan, kualiti dan kepakaran mereka dalam membekalkan komponen-komponen berteknologi tinggi yang diperlukan melalui tawaran-tawaran pada masa hadapan.

Usaha ini telah dilakukan dengan memadankan pembekal-pembekal dari Malaysia dengan pembekal dari China yang telah pun menjadi pembekal kepada Geely untuk membentuk syarikat usahasama baharu dan menandatangani perjanjian teknikal. Setakat ini, seramai 16 pembekal Cina telah mendaftar untuk inisiatif ini serta seramai enam syarikat lagi bakal memasuki sebagai pelabur langsung asing.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Secara kumulatif, tawaran-tawaran ini telah memperoleh pelaburan awal lebih daripada RM270 juta dengan 56 peratus daripada pembekal yang membekalkan sektor elektronik dan komponen elektrik. Mereka telah hadir di sesi dialog bersama pihak-pihak lain yang turut berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang landskap pasaran, dasar kerajaan, insentif dan peraturan-peraturan dalam industri automotif Malaysia.

Sesi ini dilihat sebagai peluang untuk pertanyaan mereka dijawab oleh Perdana Menteri yang menyebut industri sebagai komponen penting dalam ekonomi Malaysia. Peningkatan jualan kereta Proton bagi suku pertama 2019 pula adalah yang paling cepat di kalangan tiga jenama automotif terkemuka di Malaysia.

Proton X70 terus kekal sebagai SUV terlaris dan setakat ini, lebih daripada 11,000 unit telah diserahkan sejak pelancarannya pada 12 Disember 2018 manakala lebih 26,000 tempahan telah pun diterima. Selain tu, Proton turut membangunkan rangkaian jualannya dengan membuka lebih banyak cawangan 3S/4S dan ia terbukti dapat membantu menarik lebih banyak pelanggan. Proton turut yakin dapat menamatkan bulan April dengan angka jualan kedua tertinggi dalam industri.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Pinjam la lagi boleh tapi harus ingat ..walaupun pinjam 10 buah bank…yg teras managment tak berubah sama je…campak duit seluas lautan pun habis…ingat tu…jgn slahkan cina kalau proton tergadai..sebab yg mengagalkan proton adalah managment proton bkn pekerja

Leave a Reply