ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi Hari Raya SDAC-Ford tawar pakej menarik – Peluang untuk menangi hadiah bernilai RM60,000

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia semalam telah mengumumkan jualan promosi sempena perayaan Hari Raya yang bakal tiba. Bermula dari 1 Mei sehinggga 30 Jun 2019, para pelanggan boleh memiliki Ford Ranger dengan bayaran ansuran serendah RM436 sebulan dengan penjimatan sehingga RM11,000.

Selain dari itu, kadar pinjaman serendah sifar peratus juga turut ditawarkan. Sepanjang tempoh promosi selama dua bulan itu, 30 pelanggan berpeluang untuk memenangi barangan elektrik bernilai sehingga RM2,000 setiap satu – terdiri daripada televisyen pintar, peti sejuk, mesin basuh, tablet dan banyak lagi.

Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion berkata, mereka mahu memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik, bermula dari meringankan beban tanggungan pada Hari Raya ini.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Promosi ini membenarkan bayaran ansuran bulanan yang rendah dengan kadar pinjaman serendah sifar peratus, disertakan dengan rebat tunai dan turut menawarkan hadiah-hadiah menarik. Pastinya ia memberikan lebih banyak sebab untuk anda membeli sebuah Ford Ranger baharu di musim perayaan ini.

Diiktiraf sebagai ‘Built Ford Tough’ dengan perincian dalaman seumpama sebuah kereta, Ranger dilengkapi dengan rangkaian teknologi pintar yang kebanyakannya adalah yang pertama dan tunggal di dalam segmen tersebut.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Ranger juga didatangkan dengan pengalaman pemilikan yang hebat dan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana terdahulu. Trak pikap yang telah memenangi pelbagai anugerah ini boleh didapati di dalam sembilan varian, termasuklah Ranger Raptor, Ranger Wildtrak, XLT Plus, XLT dan XL.

Semenjak April, Ranger Raptor telah menambah dua warna baharu – hitam Absolute Black dan putih Arctic White, sebagai tambahan kepada barisan warna sedia ada iaitu biru Lightning Blue dan Kelabu Conquer Grey.

Ranger terus mendapat pengiktirafan tertinggi di Malaysia sejak 2012, termasuk yang terbaharu anugerah Trak Pikap Terbaik dari Malaysia Car of the Year 2018 (COTY) dan juga dari DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards 2018 (VOTY), Anugerah Emas untuk Trak Pikap Terbaik untuk Carlist.my People’s Choice Awards & Editors’ Choice Award 2018, dan terpilih sebagai Pikap Trak Terbaik 2018 oleh TopGear Chinese Editor’s Choice.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply