ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lanjutan tarikh pendaftaran ‘beri kelegaan’ buat industri dan pengguna – Perodua

Berita Tempatan

Views

Perodua menyambut baik pengumuman oleh Kementerian Kewangan (MoF) baru-baru ini yang membenarkan pelanggan menikmati pengecualian cukai jualan selagi mereka kenderaan ditempah sehingga 30 Jun 2022.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan semalam, pelanggan yang telah membuat tempahan sehingga 30 Jun 2022 masih boleh menikmati inisiatif pengecualian cukai jualan selagi kenderaan mereka didaftarkan dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada atau sebelum 31 Mac 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana ia memberi ruang kepada industri dan pasaran untuk memenuhi permintaan pengguna.

Tambah beliau, pada masa yang sama ia memberi masa kepada pemain untuk mengatasi pelbagai isu yang menjejaskan industri. Beliau berkata, antara isu yang memberi kesan kepada pembekal automotif tempatan termasuklah kesan berlarutan Covid-19, kekurangan komponen dan kekurangan tenaga kerja.

Ujar beliau, isu-isu ini sedang ditangani oleh Perodua dan pembekal mereka untuk mencari jalan penyelesaian. Lanjutan pendaftaran ini akan memberi mereka ruang yang amat diperlukan bagi mengatasi isu-isu ini.

Beliau menambah, di pihak pelanggan pula, pengumuman ini sudah pasti memberi banyak manfaat kerana mereka akan dapat menikmati insentif pengecualian cukai jualan yang telah memulihkan industri sejak tahun 2020.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Sehingga kini, Perodua masih mempunyai pesanan tertunggak yang perlu diselesaikan secepat yang mungkin dan amat menghargai kesabaran para pelanggannya.

Mengulas mengenai penghantaran, setakat ini Perodua telah mendaftarkan 106,179 kenderaan antara
Januari dan Mei tahun ini, iaitu 10 peratus lebih daripada 96,281 unit yang didaftarkan di tempoh yang sama tahun lalu.

Dari segi pendaftaran mengikut model, Myvi adalah yang paling popular dengan 31,689 unit didaftarkan dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini, diikuti Axia sebanyak 24,024 unit dan Bezza sebanyak 23,336 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply