ARKIB

KATEGORI

Info

SiPKA (Sistem Pejalan Kaki Automatik) bakal beroperasi di Melaka tidak lama lagi

Info

Views

Penulis tertarik dengan satu info ringkas yang diperoleh menerusi satu hantaran di laman Facebook Melaka Daily baru-baru ini mengenai SiPKA (Sistem Pejalan Kaki Automatik) yang akan mula beroperasi di Bandaraya Melaka tidak lama lagi.

Projek itu kini sudah 85 peratus siap dan terletak di antara Mahkota Parade ke Dataran Pahlawan. Ia dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan ini dan telah mula menjadi bualan ramai setelah tular di media sosial.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Apa itu SiPKA?

Ia merupakan salah satu projek inovatif dan kreatif yang menggabungkan Teknologi Pengesanan Pejalan Kaki Nirwayar (WPD – Wireless Pedestrian Detection), infra merah dan lampu isyarat bagi menggantikan sistem tekan butang.



JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Bagaimana SiPKA beroperasi?

Sistem ini mampu mengimbas pergerakan individu sebelum lampu pejalan kaki bertukar merah untuk melintas. Jadi, pengguna tidak perlu menekan butang pejalan kaki untuk melintas jalan. Apa yang menarik perhatian sebenarnya adalah lintasan pejalan kakinya yang nampak unik kerana ia dicat berbentuk corak kuda belang.

Menurut Berita Harian, kos keseluruhan pembinaan sistem pengimbas pejalan kaki ini dianggarkan berjumlah RM10,000. Ia meliputi garisan lintang sepanjang 24 meter panjang dan enam meter lebar bersama dengan sistem SiPKA. Ketika ini projek tersebut masih dalam tempoh percubaan. Sekiranya mendapat meklum balas postif, ianya akan diperluaskan ke tempat lain.

Menarik idea ni kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply