ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tentera Darat peroleh ATV dan Trak 1 Tan GS Kargo untuk tugasan Op BENTENG

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan Lawatan Pemeriksaan Perolehan Kenderaan Operasi (Op) BENTENG bertempat di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Menurut laman Facebook rasmi Tentera Darat Malaysia, acara dimulakan dengan taklimat daripada syarikat Go Auto Sdn Bhd yang telah disampaikan oleh pengarah urusannya, Datuk SM Azli bin SM Nasimudin. Antara kenderaan yang diperolehi bagi penugasan Op BENTENG adalah All Terrain Vehicle (ATV) dan Trak 1 Tan GS Kargo.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Kenderaan tersebut bertujuan untuk membantu meningkatkan aspek mobiliti dalam penugasan Op BENTENG di sempadan negara. Penerimaan aset terbaru ini adalah bertepatan dengan Tonggak Pertama Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu “Kelangsungan misi dan kesiagaan”.

Ia memberi penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiagaan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM) berada di tahap terbaik untuk sebarang atur gerak operasi. Turut hadir dalam pemeriksaan tersebut adalah beberapa pegawai tertinggi TDM.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Darat Malaysia

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply