ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X50 terima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP dan EEV

Berita Tempatan

Views

Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) menerusi satu kenyataan media ringkas di laman sesawangnya semalam mengumumkan, model SUV terbaharu Proton X50 telah layak menerima penarafan 5-Bintang. Tambah kenyataan tersebut, Proton X50 telah pun selesai menjalani ujian sebelum ini dan keputusan penuh akan disiarkan dalam masa yang terdekat.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Keputusan ini sebenarnya tidak menghairankan kami kerana model ini didatangkan dengan pelbagai keselamatan terkini. Hatta pada varian Standard pun ia dilengkapi dengan empat beg udara, kawalan kestabilan elektronik, kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci, agihan brek elektronik, bantuan brek, bantuan mula mendaki dan kawalan daya kilas seretan.

Bagi varian tertinggi iaitu Flagship, ia dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang merangkumi beberapa ciri keselamatan aktif, antaranya bantuan kekal lorong, brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki, kawalan jelajah adaptif dengan ciri henti dan mula, amaran pelanggaran hadapan dan lain-lain lagi.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Selain itu, pada sesi pratonton prestasi khusus untuk media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, pihak Proton turut mengesahkan model X50 telah menerima status sebagai Kenderaan Cekap tenaga (EEV). X50 dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter TDI yang mampu menghasilkan iaitu 150 PS dengan 226Nm daya kilas untuk varian Standard, Executive, Premium manakala varian Flagship pula mendapat enjin 1.5 liter T-GDi yang lebih berkuasa dengan 177 PS dengan 255Nm daya kilas.

Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) dengan mod penukaran gear secara manual. Berdasarkan paparan slaid semasa sesi penerangan daripada wakil Proton semalam, purata penggunaan bahan bakar model ini adalah 6.4 liter untuk setiap 100 km (15.6 km/l) bagi 1.5 TGDi, manakala untuk enjin 1.5T TDI pula menggunakan lebih sedikit penggunaan bahan bakar dengan purata sebanyak 6.5 liter bagi setiap 100 km (15.4 km/l).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply