ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 (CKD) raih anugerah ‘Vehicle of the Year 2020’ DSF.my-Allianz

Berita Tempatan

Views

Proton X70 (CKD) telah berjaya menggondol anugerah Vehicle of the Year 2020 di DSF.my-Allianz Vehicle of the Year Award (VOTY) 2020 di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada semalam. Anugerah tersebut dianjurkan oleh laman web permotoran Malaysia www.dsf.my dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, dan sepatutnya ia dijadualkan pada 21 Mac sebelum ia ditunda berikutan penularan pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir, pihaknya sekali lagi berbangga berkerjasama dengan DSF.my untuk Anugerah VOTY. Tambahnya, meskipun berdepan dengan pandemik COVID-19, ia amat penting untuk mereka terus menunjukkan sokongan terhadap industri automotif.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Majlis tahun ini menampilkan 17 kategori termasuk anugerah Vehicle of the Year serta anugerah-anugerah yang mengiktiraf teknologi, individu dan pasukan terbaik di sebalik tabir. Antara pemenang lain termasuk Mazda CX-30 (Crossover of the Year), BMW 7 Series (Luxury Sedan of the Year), Porsche 911 Carrera S (Supercar of the Year) dan Toyota Corolla (Compact Car of the Year).

Selain itu, Queenie Tham dari Sime Darby Auto Connexion dan Reza Mutalib dari Motor Image masing-masing diiktiraf sebagai Automotive Lady of 2020 dan Automotive Gentleman of 2020. Anugerah ini merupakan majlis anugerah automotif tempatan pertama yang mengiktiraf produk inovatif serta rakyat Malaysia yang berkerja keras untuk merealisasikannya.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Penyertaan untuk anugerah ini ialah secara automatik dan percuma, tiada tanggungjawab pengiklanan yang memastikan ia berdasarkan sistem merit. Kenderaan yang berjaya dari setiap kategori dipilih oleh kakitangan penyunting www.dsf.my, diketuai oleh ketua penyunting, Daniel Fernandez dan pasukan penulisnya yang berdedikasi dan meminati semua kenderaan – besar, kecil dan harga berpatutan.

Berikut adalah senarai pemenang DSF.my-Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY) 2020:

  • Vehicle of the Year 2020 – Proton X70 (CKD)
  • Crossover of the Year – Mazda CX-30
  • 7-Seat SUV of the Year – Hyundai Santa Fe
  • Luxury Sedan of the Year – BMW 7 Series
  • Luxury SUV of the Year – Volvo XC90 T8
  • Luxury Crossover of the Year – Lexus UX
  • Sports Sedan of the Year – Volvo S60 T8
  • Compact Car of the Year – Toyota Corolla
  • Executive Sedan of the Year – Lexus ES 250
  • Sports Car of the Year – Toyota GR Supra
  • Hot Hatch of the Year – Mercedes-Benz A 250
  • Compact Sedan of the Year – Perodua Bezza
  • Pickup Truck of the Year – Isuzu D-Max 1.9L Bluepower
  • Supercar of the Year – Porsche 911 Carrera S
  • Automotive Lady of 2020 – Queenie Tham of Sime Darby Auto Connexion
  • Automotive Gentleman of 2020 – Reza Mutalib of Motor Image
  • Malaysia’s No.1 Car Insurer – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply