Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim yang dipandu oleh pemandunya rosak selepas terbabas sebelum merempuh pagar Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Perpaduan Raja Dagang, di Pasir Puteh semalam.
KOSMO! ONLINE melaporkan, salam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, SUV jenis Proton X70 yang dipandu oleh Zainuddin Awang, 59, dipercayai hilang kawalan semasa tiba di selekoh Tok Isa dan terbabas ke pintu pagar tadika berkenaan.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Wan Hassan ketika dihubungi berkata, pemandunya sedang dalam perjalanan ke pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak yang berdekatan.
Beliau tiada di dalam kenderaan itu kerana menunggu ketibaan pemandunya di pejabat DUN. Ramai yang menghubunginya kerana menyangka beliau terbabit dalam kemalangan itu.
Beliau bersyukur apabila kemalangan melibatkan SUV itu tidak menyebabkan seramai 25 murid dan guru yang berada di dalam tadika tersebut cedera.
Wan Hassan berkata, kemalangan itu menyebabkan Zainuddin mengalami sakit dada dan kepala akibat terhantuk dan dia telah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI