ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bateriku.com jalin kerjasama dengan Emerald Auto, tawar produk asli Brembo pada harga mampu milik

Berita Tempatan

Views

Bateriku (M) Sdn.Bhd. (Bateriku.com) telah menjalinkan kerjasama dengan Emerald Auto Sdn Bhd (Emerald-Brembo) untuk menawarkan produk brek pad asli Brembo di kesemua pitstop Bateriku.com yang terpilih.

Kerjasama ini bakal menyaksikan Bateriku.com yang merupakan pembekal khidmat Connected Roadside Assistance Provider‘ (CRAS) pilihan nombor satu negara untuk menawarkan produk brek pad terkemuka dunia Brembo kepada semua lapisan komuniti.

Menerusi taglineEvery Car Deserves Brembo“, produk yang ditawarkan melalui kolaborasi ini
dimulakan dengan memberi fokus kepada kenderaan seperti Proton, Perodua, Honda dan Toyota melalui ekosistem Bateriku.com yang kini mencecah hampir 1 juta pelanggan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pelanggan Bateriku.com, bakal ditawarkan brek pad Brembo yang berkualiti premium dengan harga yang mampu milik melalui Pitstop terpilih Bateriku.com.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi, menerusi tagline ‘Beyond Batteries’, misi mereka sebagai CRAS adalah untuk sentiasa mencari produk dan servis otomotif yang mampu dimanfaatkan oleh pemilik kenderaan, usahawan, dan juga rakan-rakan bengkel.

Tambahnya, dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat di Malaysia, Bateriku.com kini bukan sahaja menawarkan servis dan penukaran pengendalian bateri malah membekalkan juga produk dan servis otomotif lain untuk dimanfaatkan oleh semua pengguna kenderaan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Mempunyai pengalaman lebih dari 40 tahun, Emerald-Brembo merupakan satu-satunya pengedar produk Brembo rasmi di Malaysia yang membekalkan pelbagai jenis variasi brek pad dan cakera brek untuk kesemua jenis model kenderaan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Emerald Auto Parts Sdn Bhs (Emerald-Brembo) Markz Lim berkata, pihaknya amat berbangga dapat bekerjasama dengan Bateriku.com kerana ia mampu membina ekosistem yang lebih baik bagi memberi kemudahan kepada pelanggan.

Sebagai pengedar rasmi produk brek terkemuka dunia dari Itali itu, pihaknya yakin Pitstop Bateriku.com, BHero dan BPreneur Bateriku.com di seluruh Malaysia akan dapat memudahkan semua pengguna kenderaan untuk mendapatkan produk Brembo asli yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply