Nampaknya model prototaip Proton Iriz 1.3 Turbo dengan transmisi enam-kelajuan manual (6MT) yang dijual sebagai barang lusuh sudah menemui tuan baharunya. Pemilik akaun Facebook bernama Shahrul Nizam Abu Sidek telah memuatnaik beberapa foto kereta tersebut tiba di perkarangan rumahnya, semalam.
Menurutnya, kereta tersebut akan dileraikan dan komponen kenderaan tersebut mungkin dijual sebagai alat ganti untuk model Iriz yang lain. Tidak dipastikan sama ada enjin dan transmisi kereta tersebut akan turut dijual atau dijadikan enjin untuk kegunaannya sendiri kerana ia merupakan ‘satu-satunya unit tersebut di planet bumi’ yang mampu menghasilkan 142 PS kuasa kuda dan 190 Nm daya kilas.
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
Dikatakan prototaip Iriz 1.3 Turbo 6MT dibangunkan oleh para jurutera Proton untuk menghasilkan model hatchback kompak yang berprestasi tinggi namun ia dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. Menurut rakan media kami di WapCar.my, model konsep Proton EMAS yang direka oleh studio ItalDesign Giugiaro semasa Geneva Motor Show pada 2010 juga antara yang bakal dilelong oleh Pickles Asia Auctions, namun ia dikhabarkan telah ditarik balik dari senarai lelongan.
Ia mengikuti jejak langkah 8 buah model sebelum ini, antaranya dua unit kereta Lotus Elise yang dijana enjin prototaip Petronas E01e, sebuah Lotus Europa dan tiga buah kereta marshal untuk perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang yang turut dijana oleh enjin prototaip Petronas E01e seperti Proton Satria GTi, Putra dan Perdana.
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
Selain itu model kereta konsep Satria Cabriolet 2000 berwarna ungu yang pernah dipamerkan semasa Frankfurt Motor Show 1997 juga ‘tidak jadi dilelong’, namun sebuah lagi kembarnya yang berwarna emas masih kekal dalam senarai. Jentera rali Mitsubishi Lancer Evo VI milik pasukan Petronas EON Racing Team yang pernah dipandu oleh legenda rali negara, Karamjit Singh bersama pembantunya Allen Oh juga tidak akan dijual.
Kami sebenarnya tidak kisah pun jika Proton mahu menjual model-model yang pada kami tiada nilai sejarah ‘warisan teknologi’, tetapi kalau model yang sebelum ini dibangunkan dengan ‘meleburkan’ jutaan ringgit seperti model konsep Proton EMAS, adalah sangat tidak wajar untuk melelongnya sebagai ‘besi buruk’.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
KOMEN TERKINI