ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Kia Tampoi dibuka secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Hujung minggu yang lalu, pengedar rasmi kenderaan jenama Kia di Malaysia, Naza Kia Malaysia merasmikan pusat 3S terbaharu mereka di Tampoi, Johor Bahru dengan kerjasama Supreme Priority Sdn Bhd. Terletak di Jalan Tampoi, pusat 3S Kia Tampoi dibina di kawasan dengan keluasan 18,000 kaki persegi yang mampu mempamerkan sehingga 7 buah kenderaan di ruang pameran.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

Dua ruang servis angkatnya pula boleh mengendalikan lebih dari 100 buah kereta sebulan dan ia mampu menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan kepada pelanggan Kia di sekitar kawasan Tampoi New Village, Skudai, Nusajaya dan Larkin.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings En. R. Devaraju berkata dengan adanya pusat 3S Kia Tampoi, mereka kini mempunyai enam oulet Kia di negeri Johor dan yakin dapat memenuhi kehendak dan permintan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan di sini. Johor merupakan pasaran yang penting kerana 90 peratus pemilik kereta Korea di negeri ini memiliki kereta Kia.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Tambahnya, perancangan syarikat pada masa hadapan adalah untuk mempertingkatkan lagi capaian outlet 4S Kia di seluruh negara. Supreme Priority Sdn Bhd telah melabur sebanyak RM5 juta untuk membangunkan pusat ini yang merangkumi fasiliti jualan, servis dan alat ganti.

Ia dilengkapi dengan bilik pameran, lounge pelanggan, ruangan kanak-kanak, bilik mesyuarat, surau, bilik simpanan alat ganti, ruang mencuci dan parkir yang mencukupi untuk para pelanggan. Pusat 3S Kia Tampoi terletak di Lot 703, No. 58, Jalan Tampoi, Tampoi New Village, 81200 Johor Bahru.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply