Honda Malaysia kini membuka tempahan model facelift Civic yang bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat tahun ini. Generasi kesepuluh Civic ini merupakan model sedan segmen-C di Malaysia dengan jumlah jualan melebihi 50,000 unit setakat Ogos 2019. Sejak dilancarkan pada 2016, Civic berjaya menguasai 82 peratus pegangan pasaran segmen-C setakat Julai 2019.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama berkata, sepanjang tiga tahun lalu, Civic terus menjadi peneraju dalam segmen-C dengan jualan sebanyak 133,000 unit di negara ini sejak ia mula diperkenalkan pada 2001. Bulan Mei lalu, Honda Malaysia telah mencatatkan satu lagi sejarah dengan menyerahkan unit yang ke-130,000 kepada pelanggan.
Model facelift Civic dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC turbo yang mampu menghasilkan output kuasa 173PS dan daya kilas maksima 220Nm, bersamaan dengan prestasi enjin 2.4L. Ia digandingkan bersama transmisi CVT dengan teknologi Honda Earth Dreams yang memberikan keseimbangan prestasi pemanduan dan kecekapan bahan api.
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
Antara ciri-ciri baharu Civic facelift adalah:
- Rekaan luaran yang lebih sporty dan diperhalusi yang menampilkan lampu hadapan dan lampu kabus jenis LED.
- Bampar depan baharu.
- Kemasan bampar belakang baharu.
- Spoiler belakang baharu.
- Jeriji hadapan yang dicat hitam.
- Rim aloi bersaiz 18-inci rekaan baharu.
Civic facelift turut dilengkapi dengan teknologi Honda SENSING sepenuhnya selain ciri-ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Eektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Kamera Pandangbelakang Pelbagai-Susut dan ISO Fix.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
KOMEN TERKINI