ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 4S Volkswagen Setia Alam dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Goh Brothers Motor telah melancarkan penambahan terbaharu dalam rangkaian Volkswagen iaitu Volkswagen Setia Alam.

Ini merupakan pengedar sah Volkswagen yang ketiga oleh Goh Brothers Motor, selepas di Juru dan Ipoh, serta merupakan pengedar Volkswagen yang ke-18 di Malaysia.

Berkeluasan 60,000 kaki persegi, Volkswagen Setia Alam terdiri daripada sebuah bangunan empat tingkat yang hadir dengan indentiti korporat, kemasan dan peralatan terkini yang mematuhi standard ditetapkan oleh Volkswagen.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Sebagai sebuah pusat 4S, pemilik boleh mendapatkan semua keperluan kenderaan mereka di bawah satu bumbung – dari aspek jualan, servis, alat ganti hinggalah badan dan cat.

Bilik pameran di Tingkat Mezzanine yang seluas 2,970 kaki persegi boleh mempamerkan sebanyak lapan buah kereta, lengkap bersama sebuah lounge untuk pengunjung berehat dan bersantai.

Pusat servis yang terdiri daripada dua tingkat seluas 10,200 kaki persegi dikendalikan oleh 15 orang kakitangan selepas jualan berpengalaman. Mereka boleh menyelenggara sehingga 30 unit kenderaan Volkswagen setiap hari.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Sempena pembukaannya, Volkswagen Setia Alam menjemput para pemilik Volkswagen yang masih belum menyelenggara kereta masing-masing selama enam bulan untuk mendapatkan pemeriksaan diagnostik 20 titik keselamatan secara percuma. Tawaran itu boleh dinikmati sepanjang bulan Oktober.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pembukaan kemudahan ini mengukuhkan lagi rangkaian pengedaran dan kehadiran jenama Volkswagen di negara ini.

Pengarah Urusan Goh Brothers Motor, Goh Kian Sin pula berkata, beliau amat teruja kerana mempunyai jenama Volkswagen di bawah kumpulan syarikatnya di Lembah Klang.

Waktu operasi jualan Volkswagen Setia Alam adalah dari Isnin hingga Ahad bermula 8.30 pagi – 5:30 petang (jualan). Sementara khidmat selepas jualan pula adalah pada Isnin hingga Sabtu bermula 8.30 pagi – 5:30 petang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply