ARKIB

KATEGORI

Buletin

Indonesia siap sedia mulakan HSR dari Jakarta ke Bandung

Berita Global

Views

Indonesia dalam fasa terakhir untuk memulakan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pertama di rantau Asia Tenggara sekali gus dapat mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya Jakarta-Bandung kepada 40 minit daripada tiga jam sebelum ini.

Menurut Berita Harian, laluan perkhidmatan HSR yang menghubungkan ibu kota Indonesia dengan Bandung, bandaraya berpenduduk padat di wilayah Jawa Barat adalah sebahagian daripada inisiatif Infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.

Projek HSR antara Jakarta-Bandung sudah 90 peratus siap, dan Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi membuat lawatan ke stesen Tegalluar Bandung – satu daripada empat stesen kereta api itu – di mana lapan kereta api dan kereta api pemeriksaan yang tiba dari China pada awal September lalu diletakkan.

“Kami berharap dengan kereta api laju Jakarta-Bandung, pergerakan barangan dan orang ramai dapat lebih pantas dan dipertingkatkan, dan daya saing kami juga akan lebih kukuh,” kata Jokowi kepada media selepas lawatan itu.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Jokowi juga mengharapkan perkhidmatan kereta api laju turut memberi manfaat kepada sektor lain termasuk perkhidmatan dan pelancongan.

Jokowi juga dijangka akan menjemput rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping untuk menaiki kereta api laju buatan China selepas sidang kemuncak Negara Kumpulan 20 di Bali bulan depan. Kereta api itu direka dan dibina oleh syarikat kereta api CRRC Qingdao Sifang China.

Penghantaran pada bulan lalu adalah yang pertama dibuat syarikat itu dalam keseluruhannya memperoleh kontrak membina 11 kereta api laju lapan gerabak KCIC400AF dan satu kereta api pemeriksaan KCIC400AF-CIT. Kontrak itu, bernilai AS$364.5 juta (RM1.7 bilion), yang diberi kepada CRRC pada April 2017.

Pembinaan landasan HSR yang bermula pada 2016 pada asalnya dijangka mula beroperasi pada 2019 tetapi tertangguh sehingga Jun 2023 berikutan pertikaian yang membabitkan pembelian tanah dan isu alam sekitar.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Laluan HSR Jakarta-Bandung sepanjang 142.3 kilometer bernilai AS$7.8 bilion (RM36.59 bilion) sedang dibina oleh PT Kereta Cepat Indonesia-China atau PT KCIC, usaha sama antara konsortium empat syarikat milik Indonesia dan China Railway International Co Ltd.

CRRC mendakwa kereta api KCIC400AF boleh mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer (217 batu) sejam, melepasi selekoh dengan jejari minimum 150 meter (492 kaki), dan dilengkapi dengan motor elektrik, setiap satu dengan kuasa 625,000 watt. Kereta api itu akan dibahagikan kepada tiga kelas: VIP, pertama dan kedua, dan mempunyai ruang yang besar antara tempat duduk.

Kereta api itu juga diubah suai secara khusus bagi mengikut iklim tropika Indonesia, dan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang dipertingkatkan yang mempunyai keupayaan untuk mengesan gempa bumi, banjir dan keadaan kecemasan lain. Panjang kereta api lapan gerabak itu ialah 208.9 meter.

Perjanjian kereta api itu ditandatangani pada Oktober 2015 selepas Indonesia memilih China berbanding Jepun dalam pembidaan kompetitif, dan dibiayai oleh pinjaman daripada Bank Pembangunan China sebanyak 75 peratus dan baki 25 peratus adalah dana konsortium sendiri.

Perkhidmatan HSR sepanjang 750 kilometer akan merentasi empat wilayah di pulau Jawa dan berakhir di bandar kedua terbesar negara itu, Surabaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply