ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat Pengalaman Komprehensif 4S pertama GWM dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Pusat Pengalaman Komprehensif 4S pertama Great Wall Motor Malaysia (GWM) telah dibuka secara rasmi baru-baru ini. Dengan berkeluasan 3 ekar dan terletak di USJ Subang, Pusat 4S itu adalah hasil kerjasama dengan Superhub Auto.

Superhub 4S baharu yang merangkumi jualan, servis, alat ganti serta kemudahan badan dan cat ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan rangkaian berterusan mereka, Great Wall Motor sedang aktif memilih pengedar yang berkualiti tinggi untuk mengukuhkan liputan rangkaian.

Dengan mengembangkan rangkaian pengedar mereka, Great Wall Motor berhasrat untuk menyediakan akses secara meluas kepada pelbagai produk GWM dan servis selepas jualan yang tiada tandingan.

Dua model terbaharu HAVAL H6 dan GWM CANNON turut dipamerkan semasa majlis perasmian itu. Kedua-dua model ini dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2023.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut Mike Cui, pihaknya berbesar hati untuk memperkenalkan pusat 4S terunggul mereka dengan Pusat Pengalaman Komprehensif di USJ.

Tambah beliau, dengan rangkaian yang berkembang dan aspirasi untuk melancarkan HAVAL H6 dan GWM CANNON tahun ini, pihaknya sangat teruja untuk menawarkan peluang yang lebih banyak untuk produk berkualiti di Malaysia.

Pembukaan besar Pusat Superhub 4S dan Pusat Pengalaman Komprehensif di USJ menandakan sebuah peristiwa penting bagi Great Wall Motor Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply