ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat servis Perodua kembali beroperasi

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik bagi pemilik kenderaan Perodua! Bermula 10 Mei yang lalu beberapa pusat servis Perodua terpilih di seluruh negara kembali beroperasi dengan proses baharu dan garis panduan yang dikemas kini. Ia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Berikut adalah garis panduan baharu bagi para pelanggan yang ingin ke pusat servis Perodua:

  • Pastikan anda menghubungi pusat servis terlebih dahulu untuk menyemak jadual waktu operasi dan juga untuk memastikan anda mengesahkan janji temu.
  • Pastikan anda datang bersendirian (1 kereta seorang sahaja). Elakkan dari membawa ahli keluarga atau rakan-rakan bersama.
  • Suhu badan anda akan diimbas terlebih dahulu sebelum memasuki premis. Anda tidak dibenarkan untuk memasuki premis sekiranya suhu badan mencecah 37.5C dan ke atas.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

  • Pastikan anda memakai pelitup mulut dan hidung serta menggunakan pensanitasi tangan terlebih dahulu sebelum memasuki kawasan sambut tetamu di pusat servis.
  • Untuk memudahkan pengesanan kontak, maklumat peribadi seperti nama, nombor pendaftaran kereta dan nombor telefon perlu diisi terlebih dahulu sebelum memasuki premis.
  • Pelanggan adalah disarankan untuk mematuhi tanda penjarakan sosial.
  • Pembayaran secara nirtunai menggunakan kad kredit atau kad debit adalah digalakkan.
  • Kenderaan akan disanitasi terlebih dahulu sebelum ia dikembalikan semula kepada pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat servis terpilih dan membuat tempahan janji temu, sila layari pautan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply