ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak digalakkan rentas daerah sambut Aidilfitri di Pahang

Berita Tempatan

Views

Ini mungkin berita yang bakal membuatkan ‘rodong-rodong koi’ bertambah sedih dekat-dekat nak Raya. Berita Harian melaporkan, polis mengingatkan orang ramai bahawa tidak digalakkan untuk membuat perjalanan rentas daerah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang ketika sambutan Aidilfitri, hujung bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata gesaan berkenaan dibuat susulan kesukaran memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan pihak kerajaan.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Bagaimanapun, katanya, aktiviti ziarah Aidilfitri di rumah jiran dalam kawasan taman perumahan sama dibenarkan dengan mengawal kunjungan tetamu supaya tidak terlalu ramai. Kata beliau, aktiviti ziarah Aidilfitri antara daerah dengan daerah tidak benarkan sama sekali kerana ia membabitkan jarak jauh, ziarah yang terbaik adalah dalam satu taman kerana kita pasti mengetahui status jangkitan COVID-19 di kawasan taman terbabit.

Tambah beliau, pihaknya bimbang sekiranya ziarah rentas daerah dilakukan ia boleh mengundang penularan jangkitan wabak COVID-19 memandangkan kita tidak mengetahui tahap atau status kesihatan individu yang datang berkunjung rumah.

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

Katanya, kali ini masyarakat perlu menerima hakikat bahawa sambutan Aidilfitri tidak semeriah sebelum ini kerana kita sedang berdepan dengan wabak yang belum selesai. Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas melakukan Pemantauan Pematuhan SOP PKPB membabitkan beberapa premis perniagaan dan pusat beli-belah di sekitar bandar Kuantan, semalam.

Mengulas mengenai pemantauan pematuhan SOP PKPB di premis perniagaan, Mohd Noor berkata, pihak pengurusan pusat beli-belah dan premis perniagaan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kerajaan Pahang.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D
JOM BACA >> Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply