ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusingan pertama TOYOTA GAZOO Racing Festival 2021 ‘bakar litar Sepang’ hujung minggu ini

Sukan Permotoran

Views

TOYOTA GAZOO Racing Festival pusingan pertama untuk tahun 2021 bakal menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang dari 27 hingga 28 Mac ini. Memasuki tahun keempat, pusingan pembukaan ini hanya dapat disaksikan secara dalam talian kerana ia beroperasi di bawah Gelembung Sukan dan tertakluk kepada garis panduan ketat berikutan pandemik COVID-19.

Debaran serta aksi-aksi perlumbaan boleh ditonton secara maya menerusi laman sesawang dan platform media sosial Toyota. Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K, meskipun perlumbaan kali ini disaksikan tanpa penonton di litar, namun aksinya bakal ditonton secara lebih meluas oleh lebih ramai peminat yang hanya perlu duduk di rumah masing-masing.

Empat kategori perlumbaan, termasuk Rookie Class yang bakal menyaksikan enam graduan baharu Program Pembangunan Bakat Muda GAZOO Racing yang akan turun beraksi buat kali pertama. Seperti biasa, Promotional Class bakal menampilkan aksi 10 orang selebriti popular tempatan termasuk tiga muka baharu, selain Sporting Class untuk pemandu amatur dan Super Sporting Class bagi pemandu elit dan profesional.

Buat julung kalinya juga, segmen baharu hiburan live stream turut diperkenalkan, dikenali sebagai OFFTHEGRID. Ia bakal menampilkan oleh 10 selebriti tempatan yang turut beraksi dalam perlumbaan Vios Challenge, antaranya Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Khai Bahar.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Tiga muka baharu untuk Musim 4 adalah Zizan Razak, Talitha Tan dan Ahirine Ahirudin. Mereka semua bakal berentap dalam Promotional Class tanpa disertai oleh juara dua kali kategori tersebut Shawn Lee yang kini dinaikkan pangkat untuk bersaing dalam kategori Sporting Class.

Menerusi segmen Jom Duet Bersama Khai Bahar, Wany Hasrita dan Nabila Razali, para peminat dijemput untuk menyertai cabaran berlakon dan menyanyi secara berduet dengan penyertaan terbaik akan disiarkan secara langsung semasa live stream.

Bukan itu sahaja, dua “Raja Lawak” Malaysia, Nabil Ahmad dan Zizak Razak juga akan bergabung dalam segmen Latah Positif dan Berita Apani. Dalam Melodi Misteri pula, selebriti akan secara bergilir-gilir untuk mendendangkan sebuah lagu dengan kuat yang hanya dapat didengari semasa mereka memakai topi keledar perlumbaan dan penonton hanya perlu meneka tajuk lagu tersebut.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Selain itu, enam pelumba muda baharu (pelumba simulator Mika Hakimi, 17 dan Naquib Azlan, 20; serta pelumba go-kart Amer Harris, 17; Jwan Hii, 18; Putera Adam, 14; dan Troy Eimann, 16) bersama-sama Duta GAZOO Racing, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel akan bersaing dalam pelbagai cabaran di luar litar untuk segmen Toyota Arena Bersama Rookies & Tengku Djan.

Mengakhiri siaran live stream pada hari Sabtu dan Ahad ini adalah acara yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat TOYOTA GAZOO Racing Festival, iaitu persembahan oleh para selebriti. Kesemua aksi Pusingan Pertama akan disiarkan secara langsung menerusi pautan ini dan juga di laman Facebook Toyota Malaysia dan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia.

Siaran live stream bakal ke udara mulai jam 8.45 pagi – 12.10 tengah hari, dan 2.00 petang – 6.00 petang pada hari Sabtu, dan dari jam 10.45 pagi – 1.00 tengah hari, dan 1.30 tengah hari – 5.30 petang pada hari Ahad. Untuk maklumat lanjut layari https://toyota.com.my/tgrmalaysia/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply