ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jurutera kena tipu beli Alphard di Facebook – Hampir RM30k lebur

Berita Tempatan

Views

Seorang jurutera kerugian hampir RM30,000 selepas ditipu dalam urusan jual beli kereta secara dalam talian. Menurut Berita Harian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan E Sundra Rajan, berkata jurutera lelaki berusia 38 tahun itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat bayaran berjumlah RM29,700.

Beliau berkata, mangsa yang melayari laman Facebook pada 9 Mac lalu tertarik dengan penjualan kereta Toyota Alphard berharga RM60,000 dari Singapura dan ingin membelinya. Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat bayaran deposit 10 peratus, insurans dan cukai jalan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Sepanjang tempoh itu sehingga 17 Mac lalu, mangsa membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam lima akaun bank berlainan. Beliau berkata, selepas jumlah itu dibayar, suspek masih meminta wang daripada mangsa, namun dia tidak berbuat demikian kerana mengesyaki diri ditipu.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan sehingga kini masih belum menerima kenderaan ditawarkan itu. Semakan dilakukan mendapati tiga laporan polis dibuat membabitkan nombor akaun bank digunakan suspek yang turut menggunakan modus operandi sama bagi menipu orang ramai.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Sementara itu, Sundra Rajan berkata, terdapat 69 kes diterima Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sejak 2019 membabitkan kes penipuan penjualan kereta secara dalam talian membabitkan kerugian RM495,104,20. Setakat ini, kita menerima 16 kes penipuan membabitkan jualan kereta secara dalam talian, manakala 32 kes diterima sepanjang tahun lalu dan 21 kes pada 2019.

Beliau dalam masa yang sama turut menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan tawaran menarik secara dalam talian dan membuat semakan terlebih dulu ke atas nombor telefon atau akaun bank yang meragukan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply